Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

jaga-jaga dengan biskut tu..aku rasa mesti yang bagi biskut tu dah jampi-jampi.

Bukan senang sebenarnya nak menjual biskut di luar musim perayaan. Seperti yang berlaku baru-baru ni di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Zaisara berkesempatan membuka booth di situ selama 10 hari. Bila orang ramai tengok sahaja biskut zaisara, komen mereka, eh, raya lambat lagi. Kami hanya senyum sahaja. Adik saya pun berkempen, tak perlu tunggu raya nak makan biskut raya. Pernah satu kali, giliran saya menjaga booth. Sedang leka memerhati orang,

Gigi bongsu saya

Sakit gigi saya bermula pada Disember 2010. Tatkala itu sedang mengendalikan Kem Smart Quran di Klang. Bagi saya, sakit gigi yang biasa-biasa....nak tumbuh gigi bongsu. Tapi kesakitan yang dialami mempengaruhi juga emosi saya pada waktu itu. Sakit tumbuh gigi bongsu berterusan selama 5 bulan. Sekejap sakit, sekejap tidak. malah, bersilih ganti, kiri dan kanan. Gigi bongsu bawah. Gigi bongsu atas saya,kedua-duanya telah tumbuh.

Ulangtahun kelahiran mak saya -2011-

Ini mak saya a.k.a cik ton. Sewaktu di Summer Palace,Beijing 2011

Mak saya dilahirkan pada 1 Mei 1960 di Sungai Besar, Selangor. Anak sulung daripada 8 adik beradik satu mak, dan anak sulung daripada 16 adik beradik 4 mak. Mak saya sangat garang...dan tegas tentunya. Biasanya kawan -kawan saya panggil mak saya, makcik, cik ton dan istimewanya ada juga panggil kak ton. Memandangkan 1 Mei merupakan hari pekerja, maka satu dunia menyambut ulangtahun kelahiran mak saya dengan bercuti. Chewaah.

Saya sering keluar bersama dengan mak...sebab masih belum duduk di rumah sendiri. Apaila kami ke mana-mana, pasti ada orang tegur mak saya, sebelah ni adik akak ke? ...mak akan senyum bangga dan menjawab, aah...dan saya pula muncung panjang..bukanlah, saya anak dia. Pernah sekali, semasa kami berdua menjaga booth Zaisara di PKNS Bangi, seorang pembeli bersembang dengan kami, " bagusnya korang...rapat betul. Jarang saya tengok kawan rapat macam ni..rakan kongsi pulak tu". eh, bukan-bukan, kam…