Hmmm, macam mana nak mula ye...saya ni tak berapa pandai nak berbicara berbunga-bunga. Apa yang saya tulis, itulah kata-kata saya. Takdelah romantik kan. hehe. Entry kali ini buat sahabat saya..nun jauh di hujung dunia. Nak berjumpa perlu kan belanja sekurang-kurang RM3K. Tapi, kini, dunia dah semakin maju..perutusan melalui elektronik sudah dapat membantu. Biar tak dapat menyentuh bahunya, memeluk dirinya dan mencium kedua pipinya...sekurang-kurangnya dapat menyentuh hatinya.
Sekarang dia tengah sangat-sangat sibuk. Orang sibuk bekerja...saya tak bekerja. hehe. eh, Silap. saya pun bekerja..bekerja di rumah. saya rasa sangat untung bekerja begini. Selesa dan tidak terkongkong..sentiasa ada bila diperlukan..tapi kadangkala takde jugak. hehe. Mmm, dia sibuk sekarang. Tapi kami sering berhubung menghantar berita. Mesti menghantar supaya hatinya senang. jika tidak dia akan resah..saya juga, resah gelisah. Macam bercinta pulak. hahaha. Takpe, bercinta kerana ukhuwwah. Semoga Allah teguhkan ukhuwwah kami.
Mula berkenalan tahun lepas, pertemuan pertama, dia menemankan saya mencari tempat untuk saya mengadakan kem. Orangnya senyap..dialah kata. Saya pun pelik..tak pernah pula saya tengok dia senyap. hahahaha. (memang lah aku rajin bercakap). Selepas pertemuan pertama..langkah kami menjadi semakin panjang. Dia membantu saya menguruskan Kembara Korban ke Kemboja. sangat-sangat berterima kasih padanya ..bantuannya sangat saya hargai. alhamdulillah..kembara berjalan lancar. perkenalan kami semakin kukuh. Bersembang dan bertukar cerita, dari hati ke hati..malah teman lelakinya pun saya tahu. teman lelaki saya pun dia tahu... sebab sama lah kami tahu. hahaha. Alhamdulillah, pesan ibu terpahat di hati. jangan bercinta sebelum kahwin..maka kami berdua berkongsi benda yang sama...tiada teman lelaki. hahaha.
Tidak lama bertukar-tukar cerita..dia mengkhabarkan berita..rezekinya bertambah di hujung dunia, jauh dari Malaysia. Alhamdulillah. kini dia di sana, mempertahankan Islam di hatinya, berjuang mencari rezeki demi masa depan diri dan keluarganya. Semoga dia bertemu peneman hidup yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya. Lewat kebelakangan ini, dia resah seketika..mungkin kerana kerjanya. Biasalah, kata saya padanya, itulah lumrah perjuangan. Sentiasa berdoa...Allah sentiasa bersama kita. Tersenyum dia mendengarnya. (boleh tahu tau orang tersenyum ke tak walaupun tak nampak muka). Dan dia kembali meneruskan aktivitinya.
Buat dia, apapun yang berlaku, Allah menguji kita tanda Allah sayang pada kita. Sabarlah adikku. Mohon kekuatan daripada Allah, Allah sentiasa bersamamu. Senyum selalu. Hidup kita ini bukan seperti filem...yang kita boleh tahu bagaimana tamatnya filem itu. Hidup kita ini percaturan. dan utamanya Allah yang menentukan. yang penting, sentiasa mengingati Dia, Dia pasti akan membantu. Senyum selalu adik manis. salam sayang dari Malaysia.
p.s: kita takde gambar berdualah...hehe

2 komentar:
Terima kasih untuk ukhuwwah ini :)
Moga Allah makbulkan doa-doa akak...
love you lillahi ta'ala
sweet2!!!! :)
Post a Comment