Skip to main content

Gigi bongsu saya

Sakit gigi saya bermula pada Disember 2010. Tatkala itu sedang mengendalikan Kem Smart Quran di Klang. Bagi saya, sakit gigi yang biasa-biasa....nak tumbuh gigi bongsu. Tapi kesakitan yang dialami mempengaruhi juga emosi saya pada waktu itu. Sakit tumbuh gigi bongsu berterusan selama 5 bulan. Sekejap sakit, sekejap tidak. malah, bersilih ganti, kiri dan kanan. Gigi bongsu bawah. Gigi bongsu atas saya,kedua-duanya telah tumbuh.

Baru-baru ini, lebih kurang bulan April yang lepas,
saya bersembang dengan sahabat saya, Aqilah tentang pertumbuhan gigi bongsu. Dia juga mengalami perkara yang sama cuma katanya, giginya tidak lah sakit. (tak silap saya) ...yang pasti, lepas mendengar ceritanya, saya terus ke Klinik Kesihatan Pergigian Bandar Baru Bangi. Pada waktu itu, memang tengah sakit gigi. Selepas dr gigi mengenal pasti apa yang berlaku, saya perlu dirujuk kepada pakar. Surat rujukan disediakan dan saya pun bawalah surat dan diri ini ke Hospital Serdang.Sebelum ni, saya pernah dirujuk ke hospital yang sama atas perkara lain, tetapi surat rujukan yang saya bawa dari klinik Swasta, maka saya akan dicaj mahal walaupun warganegara. Kurang sikit dari bukan warganegara. Saya juga bukan lagi ditanggung bawah abah sebab umur dah lebih 21 tahun. Jadi, bila kes gigi ni pula, saya dengan riang gembira ke hospital kerana surat rujukan dari klinik kerajaan. Maka, caj nya pun harga murah ...seperti wad satu hari RM3, pembedahan rm50 dan lain-lain. Kalau dari rujukan swasta, tak silap, wad satu hari rm10 rasanya. Fuh, mahal tu. Kerja sendiri pun, kalau boleh kita jimat, jimatlah yang mana patut.

Selepas diperiksa oleh Dr di unit pembedahan mulut, kami berbincang tentang keadaan kedua-dua gigi bongsu bawah saya. Rupanya seperti lakaran di bawah.Gigi sebelah kanan dah mula tumbuh, malangnya,pertumbuhan gigi tersebut senget dan berlaga dengan gigi hadapan. Sebab itulah saya rasa sakit kerana berlaga dengan gigi depan. Dr kata, bagus awak datang awal, kalau dibiarkan lama, gigi akan berlubang akibat berlaga tu dan jangkitan kuman. Itu lagi susah. Yang sebelah kiri pula, belum tumbuh lagi, tapi dalam gusi, dia dah siap-siap senget dan menghala ke gigi hadapan. semuanya lebih kurang macam lakaran di atas tu. ohhho...saya rasa seram waktu tu melihat x ray gigi saya sendiri. Kesian gigi saya.

Selepas berbincang, saya ambil keputusan, untuk dibedah dalam keadaan tidur. Biasanya diberi cadangan sama ada bius tidur atau bius sedar. Oh, saya sangat takut dengan jarum...mestilah tidur pilihan saya. Dr kata, kerana tidur, kita buat semua...maksudnya dua gigi bawah dibedah untuk dikeluarkan ..dan pasangan atasnya dicabut. Kira, 4 gigi saya akan dicabut. Baik. Sepatutnya pembedahan gigi itu berlaku pada bulan 6. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang terjadi ....

Jumaat, 6 Mei 2011

Saya sedang mengikuti Bengkel Penulisan Ilmiah di UKM, Bangi. Pada masa sama, mak dan Harmaini sedang mengikuti taklimat Groom Big produk di SIRIM, Shah Alam. Sedang saya khusyuk menganalisa nota yang diberi, panggilan masuk diterima. " Boleh dibedah gigi esok tak?" ....saya, " esok?masuk wad hari ni lah ye? bagi saya 15 minit, nanti saya sahkan" . Panik sekejap, telefon mak...dan mak kata, ok. Maka saya pun pulang tanpa melengkapkan bengkel tersebut.Sedikit rugi...takpe. ada rezeki lain kali saya sertai. Sampai sahaja di rumah, kemas beg baju, dan minta Husna hantarkan ke hospital. Saya bawak buku mengait dan alatan mengait bersama, 2 komik Gempak (wakakaka) dan travelog tarbiah ...sampai hospital, beli Solusi. (solusi bulan ni sangat best!) ...Uruskan diri sendri masuk wad...dapat je katil, kemas-kemas..dan tidur. haha. Tidur sementara Dr panggil untuk pemeriksaan.

Jadual pembedahan saya pada esok harinya ...Sabtu, jam 10 pagi. Bukan nya seronok duduk di wad ni....(mak dah siap - siap bagi taklimat duduk di wad sejak saya sekolah rendah) ...dan kerana itu, saya bersedia dengan pelbagai jenis buku dan alatan untuk saya buat di masa lapang...yang memang lapang. Maka, inilah antara aktiviti saya selain tidur dan makan iaitu mengait.

Saya mula mengait lepas jumpa Dr...hari Jumaat tu juga.


Esoknya, selepas dibedah...dan dicabut gigi, tidur dan berehat...selepas 2 jam baru boleh minum air.Kemudian, tunggu lagi 2 jam, baru makan bubur. Dan hari itu juga saya discaj . Oh, tak sabar nak balik rumah. Mak datang jemput saya petang tu...selepas makan bubur. Untuk seminggu ni, saya makan bubur sahaja...menggunakan penyedut minuman a.k.a straw. Terliur jugaklah tengok orang lain kunyah-kunyah. Takpe Sarah, sekejap je. Tak lama lagi baiklah. Insya Allah. Alhamdulillah, pembedah dan cabutan berjaya. Berehat saya selama seminggu...pening jugak kepala bila banyak berjalan...berjalan dalam rumah. Maka saya pun menyiapkan kaitan saya ...sekarang tinggal bahagian akhir. Lepas ni, akan jadi alas dulang atau lapik bunga atas meja orang. hehe.Tu dia...tinggal kemasan tepi sahaja yang perlu dibuat. ^^,

Seminggu ni saya berfikir menu bubur saya...semalam, bubur nasi Udang asam pedas. Cadanganya hari ini, bubur nasi masak lemak cili api. esok bubur nasi tomyam. Lusa bubur nasi sup. tulat bubur nasi kurma...wah, pakar bubur nasi le saya lepas ni. kui kui kui. Selamat menikmati hari anda. Doakan saya cepat sembuh. Saya baru terima hadiah ulangtahun kelahiran dari sahabat saya, Khotibah. Planta, resepiku warisanku. Doakan saya cepat sembuh..saya tak sabar nak masuk dapur , memasak dan menikmati masakan yang ada. Semoga Allah mudahkan urusan saya dan urusan kalian.

p.s: saya sangat kurang bercakap selama seminggu ini.



Comments

Anonymous said…
hebat lah awk! i admire u!
Sarah Azizul said…
hahaha. nak belajar mengait? saya boleh ajar. tapi satu jarum je saya reti. dua jarum saya tak belajar lagi.
nad said…
Hai Sarah, saya pon bakal buat this kind of surgery. Nak tanya:

1) Sakit tak after operate?
2) Berapa kos without GL tu ek?

Saya Nadia. :)
tq

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …