Wednesday, May 18, 2011

jaga-jaga dengan biskut tu..aku rasa mesti yang bagi biskut tu dah jampi-jampi.


Bukan senang sebenarnya nak menjual biskut di luar musim perayaan. Seperti yang berlaku baru-baru ni di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Zaisara berkesempatan membuka booth di situ selama 10 hari. Bila orang ramai tengok sahaja biskut zaisara, komen mereka, eh, raya lambat lagi. Kami hanya senyum sahaja. Adik saya pun berkempen, tak perlu tunggu raya nak makan biskut raya. Pernah satu kali, giliran saya menjaga booth. Sedang leka memerhati orang,
lalu seorang anak perempuan...umurnya lebih kurang 7 tahun. Berpakaian sekolah. Tiba-tiba, si anak tu berkata,"Ya Allah, raya belum lagi, dah jual biskut raya. ish.ish." Tersengih saya mendengarnya, terus saya panggil si anak itu, "Adik, nak rasa biskut? takpe..raya lambat lagi. boleh rasa biskut dulu". Si anak tu terkejut bila saya menawarkan kepadanya untuk merasa biskut kami..rasa bukan sebarang rasa..kami bagi rasa sekeping-sekeping biskutnya, bukan seserpih -serpih. Tetapi adik tu dah termalu, terus berlalu. Sempat juga mengintai ke arah saya...mencari peluang merasa biskut.

Susah kan? Menjual biskut raya di luar musim perayaan. Visi kami,menjadikan biskut sebagai snek makanan. Mudahnya, bila-bila masa sahaja boleh mendapatkan dan menikmati biskut raya yang sedap. Lagipun, dodol juga boleh diperoleh luar musim perayaan. Tak perlu tunggu raya, jika teringin nak makan dodol, di rangkaian Petronas ada menjualnya.

Saya sering menghadiahkan biskut kepada teman-teman dan kenalan. Biskut ni buat sendiri tau. Kadang kala saya hadiahkan kek. Selalunya saya bagi biskut...sebab mudah dan tahan lama. Lagipun sedap. hehe.

Pernah satu kali, saya berikan kepada kenalan dan sahabat di salah sebuah negeri di Malaysia ini. Kerana jasa kenalan itu yang cukup besar bagi saya sepanjang pengajian saya, sering saya kirimkan biskut kepada sahabat saya seorang ini. Dan sahabat itu juga, saya bekalkan biskut buatnya kerana bantuan juga jasanya menjadi orang tengah malah menjadi pengajar saya untuk beberapa ketika. Mungkin kerana kekerapan saya memberikan biskut padanya...5 bulan sekali, asal bertemu bagi biskut,lebih kurang begitulah...kawan nya berpesan pada nya, " jaga-jaga dengan biskut tu..aku rasa mesti yang bagi biskut ni dah jampi-jampi". Hahahaha. Tergelak besar saya dibuatnya bila saya tahu. Manakan tidak, sahabat saya ini lelaki, bujang pulak tu. Tentu -tentu kawannya ingat begitu kerana kerapnya mendapat biskut dan sedap pulak tu. Saya ceritakan pada mak. Mak pandang je saya...kemudian gelak. kata mak, "Yang bercakap tu suka biskut tu..tapi malu nak mengaku. Takut tergoda lebih kena beli, maka bila dia cakap macam tu, kawan awak tu takutlah...mesti dia bagi semua biskut tu kat member tu . Seronoklah orang tu"

Ada benarnya di situ. Apapun, biskut kami TIADA jampi-jampi. Kami ikhlas dalam membuat biskut-biskut tu. Pada kami, janji pelanggan bahagia menikmati nya, kami juga bahagia. Semoga anda terus bahagia, dan saya juga bahagia. =)



3 comments:

chAq said...

habislah...
saya dah kena jampi-jampi seroja

Sarah Azizul said...

hahaha.seroja yang menjampi..bukan kami. wakakaka

bukan jampi tu wana..tu keberkatan namanya. hehe

Faizal Eshak said...

biskutnye sedap sgt..saya pun terliur..hehe :P