Skip to main content

Ulangtahun kelahiran mak saya -2011-


Ini mak saya a.k.a cik ton. Sewaktu di Summer Palace,Beijing 2011

Mak saya dilahirkan pada 1 Mei 1960 di Sungai Besar, Selangor. Anak sulung daripada 8 adik beradik satu mak, dan anak sulung daripada 16 adik beradik 4 mak. Mak saya sangat garang...dan tegas tentunya. Biasanya kawan -kawan saya panggil mak saya, makcik, cik ton dan istimewanya ada juga panggil kak ton. Memandangkan 1 Mei merupakan hari pekerja, maka satu dunia menyambut ulangtahun kelahiran mak saya dengan bercuti. Chewaah.

Saya sering keluar bersama dengan mak...sebab masih belum duduk di rumah sendiri. Apaila kami ke mana-mana, pasti ada orang tegur mak saya, sebelah ni adik akak ke? ...mak akan senyum bangga dan menjawab, aah...dan saya pula muncung panjang..bukanlah, saya anak dia. Pernah sekali, semasa kami berdua menjaga booth Zaisara di PKNS Bangi, seorang pembeli bersembang dengan kami, " bagusnya korang...rapat betul. Jarang saya tengok kawan rapat macam ni..rakan kongsi pulak tu". eh, bukan-bukan, kami anak beranak. huh! saya sangat angin bila orang tegur kami adik beradik.. nampak sangat mak saya awet muda. aiyaaa.

Ulangtahun kelahiran mak saya tahun ni, kami beli Pizza Hut dan makan bersama di rumah. Nak ajak makan luar, duit takde...hehe, duit belanja saya kena minta kat mak. tak kisahlah duit ape, segala jenis duit saya kena minta kat mak. Mak mengajar kami hidup sederhana. Tidak berlebih-lebihan dalam segala perkara. Dan meraikan orang sekeliling. Mak juga mengajar saya menjiwai masakan...tanpa dia sedar.Bila saya beli hadiah untuk kawan-kawan, mak saya tahu lah hadiah apa dan kawan siapa. Mak saya sangat teliti melihat kawan -kawan saya tak kira lelaki dan perempuan. Bukan saya sahaja, seluruh adik beradik kami. Pesanan utama dia: bercinta lepas kahwin. kalau sebelum kahwin, jangan minta duit kat mak. Malah, kawan-kawan saya yang baginya akan mempengaruhi kami, dia akan pesan, supaya berjaga-jaga. Mudahnya, semua kawan kami dia kenal.

Sempena hari ibu ini, saya pun tak sediakan apa-apa untuknya. Yang pasti, dia menjaga saya... sebab baru sahaja selesai pembedahan gigi. saya tak boleh bercakap...banyak. Bercakap guna bibir, tak guna mulut. Jadi, tak banyak bersembanglah kami. hahaha. Ibrah dari kesakitan yang dihadapi...kurangkan bercakap, kuranglah dosa.

Mak saya sahabat terbaik saya dunia dan akhirat...sentiasa memberi semangat dan dorongan tanpa mengira masa. Sesungguhnya, saya menyayangi nya sepenuh hati saya. Buat semua ibu di seluruh dunia, Selamat hari ibu. Terima kasih menjaga dan membelai kami, anak-anak mu. Ya Allah, panjangkanlah umur ibu-ibu kami agar kami dapat membalas jasa mereka dan menunaikan tanggungjawab kami kepada mereka. Amin.

Comments

Anonymous said…
sarah! rindu awk! entry yg baek!

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …