Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Sata ... saya punya Sata lempeng. Lempeng sata pun boleh.

Inilah sata dan rupa bentuk sata yang sebenar... sumber gambar : Google
Sudah lama saya tidak ke Terengganu. Masa kecil-kecil dulu sangat kerap ke sana sebab abah sering "outstation" di sana...kali terakhir saya ke sana sewaktu pra program Baktisiswa Kemboja. Banyak kenangan sewaktu di Kuala Terengganu khususnya. Kenangan makan-makan. hehe.

Hobi: Inilah antara mug dan ceritanya

Kali ini, seperti yang saya sebutkan lepas, saya nak kongsikan mug-mug yang ada dalam simpanan saya. Dan setiap satu mug itu, ada cerita disebaliknya. Jemput-jemputlah berjalan sepanjang entri ni. (^^,)

Singapura


Yang hitam tu, dihadiahkan oleh cik Azam saya sewaktu dia ke sana baru-baru ini. Yang sebelah nya tu pula, saya yang beli sewaktu saya ke sana tahun lepas dengan cik Azam saya juga. Hehehe. Permulaan mengumpul mug adalah sewaktu saya beli mug putih Madagascar ni... waktu itu saya terus jatuh hati. Dan bermulalah perjalanan mengumpul mug - mug ini.

Hobi : Mug dari pelbagai negara

Ingat tak masa kita sekolah rendah dulu, cikgu selalu tanya, apa hobi awak? Kadangkala kita kena buat karangan tentang hobi kita. Saya masih ingat lagi satu kenangan, waktu itu saya kena dapatkan maklumat ahli keluarga, tak silap saya subjek Kajian Tempatan. Antara maklumat yang diperlukan ialah nama,tarikh lahir, asal, nama ibu, nama ayah, pekerjaan dan HOBI. Saya tanya mak, apa hobi mak? Abah tolong jawab,tidur.