Skip to main content

Hobi: Inilah antara mug dan ceritanya

Kali ini, seperti yang saya sebutkan lepas, saya nak kongsikan mug-mug yang ada dalam simpanan saya. Dan setiap satu mug itu, ada cerita disebaliknya. Jemput-jemputlah berjalan sepanjang entri ni. (^^,)

Singapura


Yang hitam tu, dihadiahkan oleh cik Azam saya sewaktu dia ke sana baru-baru ini. Yang sebelah nya tu pula, saya yang beli sewaktu saya ke sana tahun lepas dengan cik Azam saya juga. Hehehe. Permulaan mengumpul mug adalah sewaktu saya beli mug putih Madagascar ni... waktu itu saya terus jatuh hati. Dan bermulalah perjalanan mengumpul mug - mug ini.

Australia

Negara Kanggaroo dan Koala....saya sangat berhajat untuk ke sana. Tetapi saya suka suasana desa...buat masa ini, pilihan yang ada melancong ke bandar-bandarnya..ada sesiapa boleh kongsikan maklumat, desa mana yang boleh dilawat di negara ini? =) ..mug ini dihadiahkan oleh Nana (Ana Farhanah)...salah seorang fasilitator Kem Smart Quran. Dia belajar di sana...dan sepengetahuan saya, dia sudah tamat belajar. Saya sangat gembira apabila melihat ada peta negara ini di mugnya. terima kasih nana.




Kemboja


Boleh dikatakan setiap tahun saya ke sini tetapi saya tidak pernah membeli sebarang mug dari sini. Waktu itu, hobi mengumpul mug belum dimulakan lagi...setiap kali ke Kemboja, pasti mengimbau kenangan lalu...Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja, Kembara korban 1 dan 2 (siri Pengembara Muslim IKIMfm), Kembara korban keluarga Azizul dan Azhar bersama Devotees...dan banyak lagi kenangannya. Mug ini dihadiahkan oleh cik Me saya...sewaktu saya menerimanya, satu perasaan yang sangat -sangat girang ..sempat cik Me bertanya, cuba teka dari negara mana? kerana terlalu gembira..ntah apa-apa negara yang saya sebut. Oh ye, saya juga telah menjerit-jerit di pejabatnya waktu itu..kata Faizal, cukup 6 harkat nanti dia berhenti. kehkehkeh.

Vietnam

Teringin sekali hendak ke Vietnam. Melihat suasana negara yang kebanyakkannya dipenuhi basikal dan motorsikal. Selain itu, kain baju yang cantik cantik..lip lap..lip lap...kemilau cahayanya. Mug ini juga dihadiahkan oleh Cik Me dan Cik Mah... siap ada tarikh lahir saya , 23hb Februari...dan macam biasa..jeritan 6 harkat didengari di dalam ruang pejabat itu. (saya kena kurangkan jerit..lebih kepada senyum tak berhenti...nanti orang ingat saya .... )


Holland

Cik Azam saya belikan mug ini sewaktu dia bercuti di Holland baru -baru ini. Saya suka melihat nilai yang ada pada mug ini...bunga tulip. Lovely! (Berdoa agar dapat menjejak kaki di sana)



Jepun


Ha...ye, ye, saya tau..tak macam mug kan. Ni cawan teh dari Jepun. Dihadiahkan oleh abg Muhammad Song ha (bodek habis ni..kehkehkeh) Bila dia ke mana-mana, saya selalu pesan beli cenderahati...dalam hati, tak tahu nak pesan apa. Sejak mula mengumpul mug ni, senang lah saya nak pesan kat dia. hehehe...kaki melancong kawan saya ni. Lepas ni dia akan ke lagi satu negara...nanti saya nak kirim. Wink.Wink. Ada cara tertentu nak gunakan cawan ni...saya belajar semasa di China tetapi kurang pasti adakah adatnya sama dengan negara Matahari Terbit ini. Ada cara untuk lelaki dan cara untuk perempuan. Malah setiap nya mempunyai maksud tersendiri. Saya minum teh hijau ..dengan cawan ni (^^.)

China


Jelas, nyata dan terang...mug ini dari China. Boleh dilihat dari corak yang ada pada mug ini. Mug ini telah dibelikan oleh Aswad, staff EZQurban sewaktu mereka ke Beijing. Saya ada beli satu...kemudian saya tambah lagi...itu yang mengirim pada Aswad tu. Mug ini bagi saya unik, selain coraknya jelas di luar mug...dia juga ada penapis daun teh. Itu yang uniknya. Dan ada juga cara tertentu untuk menggunakannya.

Surabaya,Indonesia


Cuba tengok tulisan pada mug tu. Itulah ejaan sebenar mereka...terkejut juga masa menerimanya. Mug ini dihadiahkan oleh Faizal, staff EZ Qurban, dia belikan sewaktu dia bertugas di sana baru-baru ni. Sewaktu saya menerimanya, terkejut saya melihat ejaan yang ada..ini memang BEST!! terima kasih Faizal.

Myanmar

Mak dan ayah saya telah ke Myanmar minggu lepas (6-8 Jun 2011) ...saya dah pesan," Mak, sarah nak mug yang ada batu intan berlian...tapi kalau takde, sarah nak yang ada cop Myanmar atau Burma." Myanmar dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan galian batu yang cantik dan berharga. Segala jenis batu dan jed ...boleh diperolehi dari sana dan ia adalah ASLI. Bila mak pulang dari sana, mak kata..nah Mug ko. eh, Kayu. Kata mak, puas mereka mencari mug yang lain...tetapi tidak ada orang jual.Malah di airport pun takde. Dan hanya ada sebuah kedai je menjualnya. Saya tetap gembira kerana mugnya cukup berbeza dari yang lain. Malah, mug ini menceritakan tentang negaranya secara tidak langsung.


Inilah antara mug dalam koleksi saya. Saya ucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa mengingati saya...dan terima kasih didahulukan buat yang bakal menghadiahkan mud kepada saya. =) sayang semua!

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …