Skip to main content

Hobi : Mug dari pelbagai negara

Ingat tak masa kita sekolah rendah dulu, cikgu selalu tanya, apa hobi awak? Kadangkala kita kena buat karangan tentang hobi kita. Saya masih ingat lagi satu kenangan, waktu itu saya kena dapatkan maklumat ahli keluarga, tak silap saya subjek Kajian Tempatan. Antara maklumat yang diperlukan ialah nama,tarikh lahir, asal, nama ibu, nama ayah, pekerjaan dan HOBI. Saya tanya mak, apa hobi mak? Abah tolong jawab,tidur. Kehkehkeh. Kemudian saya tanya abah, apa hobi abah? (oh silap, saya tanya sebijik - sebijik ikut soalan yang diberikan, apakah hobi abah? ) ...kemudian mak pula tolong jawab,berkebun. Oh, Saya kurang berpuas hati dengan jawapan mereka berdua sebab mereka berdua menjawab sambil tergelak-gelak. Saya tanya pada adik beradik mak, antara jawapan mereka,tidurlah kot. Lepas tu mereka gelak besar. Aiyaaa. Macam mana nak siap kerja sekolah ni. Dan sehingga hari ini, apabila adik-adik saya bertanya soalan yang sama pada mak dan abah, jawapan mereka, itulah...tidur dan berkebun. Lepas tu gelak-gelak. Apapun, hobi abah saya akui kebenarannya. Beliau memang sangat suka berkebun...dan apa sahaja yang dikerjakan, Alhamdulillah, menjadi. Oh ye, bukan kebun bunga tau...tapi kebun buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekarang pula membela ikan puyu, talapia dan keli...bela bukan sebarang bela...kolam setiap ikan tersebut sangat besar...lebih kurang 10 kaki lebar, 20 kaki panjang dan kedalaman kolam setinggi paras dada. Dalam tak? dalam kan..dan sampai sekarang, itulah hobi abah. Bila cuti sahaja, beliau pasti balik kampung mengerjakan kebun dan kolam ikannya. Sekarang ni sedang menyediakan rumah untuk burung walit pula. Burung walit?? apa tu. Lain kali saya cerita...untuk masa ini,boleh gunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumatnya. (Abah sangat rajin. Harapnya si dia juga rajin. Tak kisah apa bidangnya, janji rajin...dan saya pun rajin. Motivasi. Motivasi ok.)

Itu hobi abah saya. Antara hobi saya pula ialah memasak...ya, boleh nampak kot bila melihat antara label entri saya yang paling banyak ialah resepi. Hehe. Namun, memasak ini sampai satu tahap bukan hobi lagi sebaliknya tugasan dan tanggungjawab. Saya kena memasak. Kalau tak memasak, ahli keluarga saya nak makan apa? makan di kedai? oh...harga semua naik. Selagi boleh jimat, kita jimatkan yang mana patut. Lagipun, makan di kedai, tidak puas apabila kelaparan yang teramat...belanja akan bertambah besar. Malah kami sangat sensitif dengan Ajinomoto. Maka, hobi memasak saya menjadi tugasan dan tanggungjawab saya. Sampai naik pening, nak masak apa ye? Pening. Pening. Hehe

Sekarang, hobi terkini saya ialah mengumpul Mug dari pelbagai Negara. Ada juga dari jenama-jenama yang terkenal seperti KFC dan A&W. Sehingga hari ini antara mug yang sudah ada dalam simpanan saya dari Singapura, China, Kemboja, Jepun, Vietnam,Myanmar, Indonesia(Surabaya), Australia dan Holland. Oh, saya sangat menghargainya. Alhamdulillah, buat masa ini, saya mengingati mereka yang menghadiahkan mug - mug tersebut. Sejuta bintang berbentuk hati buat semua yang hadiahkannya kepada saya...Cik Me, Cik Azam, Cik Mah, Nana(Ana Farhanah), Faizal dan Abg Muhammad..eh, MAK saya juga. Terima kasih. Nanti ya , saya letak gambar mug-mug saya. Seronoknya mengumpul mug ni, apabila menggunakannya , saya akan belek-belek mug tersebut. Kadangkala, terkenang peristiwa lucu disebalik memperoleh mug itu dan berangan-angan untuk berada di negara tersebut. Oh, saya sangat suka.

Alhamdulillah,syukur atas nikmat yang diberi, nikmat menghayati keindahan alam yang indah ini. Biarpun ada antara negara tersebut saya belum jejak lagi, namun mug-mug ini membawa saya ke sana. Menghayatinya dengan penuh keasyikkan sambil menikmati Teh panas. Lovely! Saya mendoakan agar saya, keluarga saya, guru-guru saya, sahabat-sahabat saya , mereka yang mengenali saya dan seluruh umat manusia dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta dimudahkan segala urusan. Semoga dapatlah kalian menghadiahkan saya mug dari negara-negara yang kalian pergi. =) . Saya suka hobi saya.

Comments

Aisyah Nabila said…
Assalamualaikum,
Seronok baca hobi awak, hobi saya kumpul Syiling cacat dan Syiling yang sedikit sahaja dikeluarkan. Saya seronok sangat belek syiling mcm awak suka belek mug.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …