Skip to main content

Sata ... saya punya Sata lempeng. Lempeng sata pun boleh.

Inilah sata dan rupa bentuk sata yang sebenar...
sumber gambar : Google

Sudah lama saya tidak ke Terengganu. Masa kecil-kecil dulu sangat kerap ke sana sebab abah sering "outstation" di sana...kali terakhir saya ke sana sewaktu pra program Baktisiswa Kemboja. Banyak kenangan sewaktu di Kuala Terengganu khususnya. Kenangan makan-makan. hehe.


Baru-baru ini, saya ke sana untuk program GroomBig produk bersama SIRIM bersama mak saya. Kali ini, sesi kedua di mana para pereka telah mereka logo dan juga rekabentuk pembungkusan produk yang dipersetujui bersama dengan usahawan. Pereka membentangkan hasil rekaan mereka, mencapai kata sepakat dengan usahawan dan komen-komen dari yang pihak SIRIM yang berpengalaman dalam memastikan jenama produk bertahan sehingga mampu membina empayar. Setelah itu, kami berbincang pula dengan pihak percetakan yang telah disediakan oleh pihak SIRIM. Padat selama 2 hari ini dan kepadatan ini bakal membawa produk kami, Zaisara menembusi ke pasaran dunia. Ada lagi satu bengkel, bulan 7 nanti...di mana kami akan bertemu dengan pihak pusat membeli belah pula... semoga dimudahkan urusan kami.

Sepanjang di Kuala Terengganu, antara makanan kegemaran saya ialah Sata. Saya sangat sangat suka Sata. Sehingga semasa di terengganu baru -baru ini saya terfikir untuk mendapatkan resepi sata. Kata mak, cari ajelah dalam internet...tapi rugi pula rasanya jika tak bersembang terus dengan orang Terengganu sendiri. Di kesempatan yang ada, saya bersembang dengan beberapa orang usahawan...kak, macam mana nak buat Sata? tanya saya. Kebanyakkan mereka agak ragu-ragu nak bagi..yang minta resepi seorang usahawan juga, ni mesti nak buat jual. saya terangkan, eh tak..saya nak buat untuk makan sendiri. Hobi saya memasak. (^^,)

Maka, dapatlah saya resepi sata tersebut...tetapi resepi yang diberikan tiada ukuran. Pesanan mereka lebihkan ikan dari kelapa dan bawang...barulah sedap. Dengan semangat membara, apabila pulang ke rumah dan membeli belah di pasar...inilah resepi sata yang saya punya:

1 kilo ikan sardin ( di pantai tmur mereka menggelarnya ikan selayang)
1 cawan kelapa parut muda ( selalu digunakan untuk membuat kuih. Boleh juga guna Hawaii Coconut Flake yang boleh diperolehi di kedai pembekal bahan kek dan roti)
1 biji bawang besar
5 biji cili api ( ikut kepedasan yang selesa....tapi 5 biji ni pun dah cukup pedas)
1 sudu teh garam

Oh ya, saya buat sata lempeng atau lempeng sata. Maksud saya, rupa bentuk sata saya tidak seperti sata yang dijual. Mak saya yang berikan idea buat seperti lempeng ni..katanya cepat dan tetap sedap di makan. Ok cara-cara membuat sata pula seperti berikut :

Ikan sardin diambil isinya dalam keadaan mentah-mentah. Buang tulang-tulang ikan yang besar ...kalau terlebih rajin , yang tulang kecil juga boleh dibuang cuma ruginya banyak isi melekat pada tulang tersebut. Setelah itu, isi ikan dikisar bersama dengan bahan-bahan lain. Saya gunakan "food processor" untuk mengisar bahan-bahan ini. Jika guna pengisar yang biasa...kurangkan penggunaan air. Gaulakn rata adunan tersebut...hasilnya boleh dikepal-kepal. selepas itu, daun pisang di potong bulat...diletakkan atas kuali leper. Tepekkan atas daun pisang tersebut mengikut ketebalan yang digemari (tak ubah seperti lempeng ). tutupkan dengan daun pisang juga. Hidupkan api dan biarkan dia masak. Pastikan api sederhana kuat...dan terbalikkan lempeng sata tersebut bila sampai waktunya.


ok, di atas tu cara saya...cara orang muda yang nak mudah dan cepat. Kalau ikut cara yang diberikan oleh mereka yang bagi resepi kat saya ... bawang dimayang dan ditumbuk, ikan juga ditumbuk,begitu juga kelapa ditumbuk...kiranya semuanya ditumbuklah dan digaul bersama. Kemudian, sediakan daun pisang ...dibuat losong tiga segi macam bungkusan nasi lemak, masukkan adunan sata tadi, balutkan sebaik-baiknya dan dicucuk dengan besi atau buluh rasanya (kurang pasti) dan dibakar atas bara api. Seperti gambar di bawah:



cara masak sata yang diterangkan kepada saya...Asli punya!


sempat juga saya "google" cara-cara buat sata...dan saya jumpa yang ini. jenguk-jenguk jugalah..mana tahu, yang ini lagi anda berminat untuk mencubanya dari saya punya (^_^)



Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …