Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Rakaman Rancangan TV

Inilah pengalaman pertama rakaman rancangan TV. Sebelum ini, pernah juga dirakam tetapi untuk bahagian warna-warni berita..jadi tidak begitu lama rakamannya dan hanya bahagian tertentu sahaja. Tetapi kali ini, satu pengalaman baru..cukup baru buat saya.

Matlamat untuk keluar rumah ... ?

Setiap kali saya meminta izin daripada kedua ibu bapa saya untuk menyertai mana-mana seminar, kursus atau kelas kemahiran di luar pengetahuan mereka (maksud saya bukan kelas-kelas di universiti) , mak pasti akan bertanya apa matlamat engko hadir ke kursus tu? ... mmm, saya akan diam dan otak ligat mencari jawapan. Apabila keadaan ini wujud, nampak sangat tak bersedia untuk hadir ke kursus tersebut sebab jawab hanya guna otak ...tidak melibatkan hati dan pengetahuan. Nampak sangat nak menghabiskan masa sia-sia...kata mak. Maka, setiap kali nak sertai mana-mana seminar/kursus tu ,matlamat perlu ditetapkan terlebih dahulu dan jelas apa matlamatnya barulah mak saya izinkan keluar.

Kenapa? kenapa perlu begitu sekali?

nak berceloteh juga!

kehidupan...nama pun kehidupan... semua yang berlaku di dalam kehidupan ini adalah untuk mempelbagaikan pengalaman, menajamkan minda dan fikiran, meningkatkan potensi diri, menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dan utamanya semua itu berbalik kepada matlamat yang paling tinggi iaitu mengharapkan redha dan rahmat Tuhan.
Banyak perkara yang saya nak kongsi... bakal masuk tv..keluar ke udara di radio..perbincangan perkembangan dan peningkatan biskut dan perniagaannya (yang ini saya bercadang kongsikan metodnya) dan lain -lain lagi. Yang sedih juga ada... dan itu menjadi kekuatan untuk terus tempuhi kehidupan.
nanti, bila sampai masanya, saya akan kongsikan...semoga yang baik jadi teladan, yang buruk jadi peringatan + sempadan.

p.s: nak menulis panjang lebar...tapi saya tak sempat. maafkan saya.

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …

besyukur atas nikmat usia...

Saat menulis cerita ini, umur saya 25 tahun. Sensitif betul bab umur ni...orang perempuan,biasalah. Tetapi saya memang akui bagi perempuan, isu umur sangat senstif. Ada dua keadaan perempuan/wanita akan bereaksi tentang umur berdasarkan pemerhatian saya.