Sunday, July 3, 2011

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah satu resepi yang saya gunting. Resepi tu tunjuk daging...saya guna juga daging tapi sikit sangat daging saya..saya tambahkan bebola daging. Rasanya, wow!! memang berbaloi untuk dicuba dan seronok untuk dinikmati bersama tetamu, keluarga dan rakan -rakan. Yummy!

Bahan-bahannya (untuk hidangan 6-7 orang) :

A)
1/2 kilo daging
250 g bebola daging
2 batang serai (dihancurkan)
2 hiris lengkuas
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar serbuk ketumbar

B)
1 biji ketumbar
2 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
* semua di atas di kisar

C)
5 sudu besar Kicap manis
100 ml susu cair
garam
gula


Cara-caranya:

Daging direbus terlebih dahulu dengan semua bahan-bahan (A) sekurang-kurangnya 1 jam. atau sehingga daging empuk. Daging dikacau selang 10 minit agar bahan-bahan yang direbus bersama dapat diserap baik ke dalam daging.Bebola daging pula dimasukkan kemudian sewaktu daging sudah empuk. Kira, bila daging dah empuk, masukkan bebola daging dalam rebusan tu ...sebab bebola daging masak nya sekejap sahaja. Bila bebola tu dah besar dari saiz asalnya, maksudnya dah masak lah tu...Kemudian, toskan daging dan bebola daging. Ambil bebola daging dan daging sahaja...bahan-bahan rempah tadi tu dibuang begitu juga air rebusan.

Untuk penyediaan sos hitam :

Tumis bahan (B). dimulakan dengan menumis biji ketumbar..diikuti bahan kisar yang lain. Tumis sehingga pecah minyak ( Minyak berasing dari cili dan bawang tersebut). Kemudian, masukkan kicap, susu dan perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bebola daging dan daging dan didihkan. Gaul rata... apabila sudah didih, tutup api dan dihidang bersama nasi.

Selamat mencuba! saya sudah cuba..dan saya puas hati!

No comments: