Tuesday, July 12, 2011

Matlamat untuk keluar rumah ... ?

Setiap kali saya meminta izin daripada kedua ibu bapa saya untuk menyertai mana-mana seminar, kursus atau kelas kemahiran di luar pengetahuan mereka (maksud saya bukan kelas-kelas di universiti) , mak pasti akan bertanya apa matlamat engko hadir ke kursus tu? ... mmm, saya akan diam dan otak ligat mencari jawapan. Apabila keadaan ini wujud, nampak sangat tak bersedia untuk hadir ke kursus tersebut sebab jawab hanya guna otak ...tidak melibatkan hati dan pengetahuan. Nampak sangat nak menghabiskan masa sia-sia...kata mak. Maka, setiap kali nak sertai mana-mana seminar/kursus tu ,matlamat perlu ditetapkan terlebih dahulu dan jelas apa matlamatnya barulah mak saya izinkan keluar.

Kenapa? kenapa perlu begitu sekali? Satunya sebab nak minta duit dari mak..hahahaha. Kata mak, hasil pelaburan yang dilakukan haruslah membuahkan hasil. Maka duit yang dia berikan untuk membayar seminar , duit minyak kereta, duit makan, duit tol, duit topup dan lain-lain...semua pelaburan itu perlu ada pulangan yang berbaloi dan boleh nampak hasilnya tidak kiralah dalam jangka masa panjang atau pendek...dan pulangan tu boleh dilihat dari matlamat atau tujuan kehadiran.
sumber foto: enjin google

Dan hasil dari penetapan matlamat ini , membantu saya juga sebenarnya untuk menghadirkan diri ke sesebuah kursus itu dalam keadaan bersedia dan menerima sesuatu dalam keadaan dua hala bukan sehala sahaja. Hm...satu semester saya mengambil kelas hanya untuk memahami penetapan matlamat dan keperluannya sewaktu kelas sarjana lepas..dan kini, merealisasikannya pula. Jawab dalam kelas senang lah..cuba jawab dalam kehidupan? senang tak? senang sahaja sebenarnya...cuma kadangkala ada satu masa tiada jawapan untuk diberikan dan hadirlah tekanan perasaan di mana kita tak tahu apa masalah kita dan apa yang kita nak ( ini mak saya kata tiada matlamat..saya kata matlamat tak jelas..lebih kurang lah tu)

Matlamat ni tak perlu susah -susah..macam nak pergi tonton wayang..mak saya akan tanya cerita apa? sebab cerita yang dibenarkan hanya cerita kartun dan cerita keluarga... Jadi, takkan nak pergi tengok wayang matlamat nya terlalu tinggi ..seperti adik saya,dia pergi tengok cerita tertentu kerana menyiapkan tugasannya yang berkait dengan teknologi grafik. Saya dan lain-lain? kalau guna alasan tu..sahih lah tak lepas keluar rumah. Jadi, matlamatnya mudah..sebab kepuasan menonton cerita tu dan cerita tu seronok dan pasti ada nilai murni. Ha..kan senang tu.

Baru-baru ini, saya menghadiri satu ujibakat...pada asalnya, kawan saya yang nak pergi...mengajak saya untuk menemankan dirinya. Setelah berbincang dengan keluarga, ingat senang aku nak keluar rumah tanpa sebab, maka saya pun sertai juga lah ujibakat tu. Dan ke ujibakat tersebut tidak boleh hanya berniat untuk cuba-cuba... mesti bersungguh mendapatkannya. Apalagi,tergolek-golek lah study untuk menjayakannya. Sehingga hari kejadian, kawan saya tidak dapat sertai kerana tidak mendapat kelepasan cuti...maka, saya meneruskan perjuangannya menghadirkan diri ke ujibakat tersebut dengan matlamat yang jelas.

Tanya mak saya, apa matlamat engko? jawab saya, apa matlamat ujibakat tu, itulah matlamat sarah!! dengan penuh keyakinan menjawab. agak-agak lepas tak keluar? mestilah lepas..sebab kena huraikan pula apa matlamat ujibakat tu. hahahaha. Hasil dari ujibakat tersebut akan saya kongsikan di entri seterusnya. Berdebar pun ada. =p


No comments: