Skip to main content

besyukur atas nikmat usia...


Saat menulis cerita ini, umur saya 25 tahun. Sensitif betul bab umur ni...orang perempuan,biasalah. Tetapi saya memang akui bagi perempuan, isu umur sangat senstif. Ada dua keadaan perempuan/wanita akan bereaksi tentang umur berdasarkan pemerhatian saya.

1. Apabila kami berkumpul sesama kami ( nampak sangat aku perempuan, woha!) ...masing-masing akan mengaku sebagai kakak atau yang paling tua. Kenapa? hmmm, berdasarkan pemerhatian saya..apabila mengakui dan diakui yang paling tua...dia akan menguasai perbualan atau perbincangan yang berlaku. Kadangkala, ada juga yang mengaku muda/adik ..kebiasannya ini berlaku bagi mereka yang kurang untuk mengetengahkan diri ke depan dalam kumpulan tersebut.

2. Apabila ada lelaki di dalam kelompok perbincangan ... perempuan/wanita akan mengaku dia muda jika lelaki yang dilihat nampak lebih tua pada mata dia atau sebaya... untuk mengelak rasa janggal berkomunikasi. Ada sesetengah situasi, terus menganggap diri sebagai yang tua untuk memudahkan perbincangan. Selain dari itu...buat masa ini , sepanjang pengamatan saya, kehadiran lelaki dalam ruang lingkup komunikasi perempuan/wanita kurang mempengaruhi sangat berkenaan pangkat panggilan.

Kenapa pula saya bercerita pasal umur ni? Saya tengah sangat sensitif bab umur. Adik saya lagi sensitif..dia dah 21 dan dah daftar mengundi pun, tapi orang ingat dia sekolah rendah. hahaha. Sebenarnya bukan pasal umur..tetapi perwatakan. Asas perwatakkan membawa kepada perbincangan umur. Oh ye, suka diingatkan segala yang di atas adalah berdasarkan pemerhatian saya...belum sempat merujuk kepada kajian lepas. (Tak boleh jadikan asas untuk buat kajian lanjut...kurang rujukan)

Apapun...cerita bermula, apabila ramai pelanggan sudah mula hadir ke kilang kecil kami untuk mendapatkan produk. Dan bila giliran saya menguruskan permintaan pelanggan...orang panggil saya kakak...saya boleh pertimbang lagi kalau orang yang panggil tu..gaya dan wajah dia baya-baya saya atau muda lagi.. tetapi yang saya tak tahan, orang yang saya tahu dia baya mak saya...dia panggil saya kakak. Dengan mak saya dia panggil diri mak saya kakak juga. Argh!! stress nye aku! itu satu situasi.. situasi kedua... orang bersembang dengan saya..sebelum tu dah sembang dengan mak saya...sekali dia tanya, awak ni kawan dengan orang tu ke (mak saya) ke adik beradik? jawab saya dengan senyuman yang cukup manis, kami anak beranak..dia mak saya. Ternganga mulut orang tu...dia tak percaya saya ni muda. Satunya dia tak percaya mak saya tu dah tua...dah masuk 51 dah pun..dia ingat mak saya muda... dan dia tak percaya mak saya ada anak yang dah besar..jangkaan dia umur saya 30 lebih...dia tak sangka saya baru 25 thn. Arghhhhh!! aku muda lagi!

Bab saya dan mak saya macam adik beradik tu saya dah lali dah..ada kajian menyatakan sampai satu tahap, mak dan anak dilihat macam adik beradik.. kajian mana nanti saya tanya mak saya melainkan dia kelentong saya, tak taulah kan. tapi saya percaya..dan kajian tu kata lagi..dan sampai satu masa, akan nampak perbezaan mana satu mak dan mana satu anak. Sebab tu saya percaya.

Yang geram berbuih -buih ni... saya masih muda. saya baru 25 ..dan tahun ni atau tahun depan saya kahwin (doakan saya!) kalau tak, tahun lagi depanlah...saya kahwin bila dah sampai jodoh. saya baru 25..huhuhu... muka saya ni tua sangat ke? nak cerita kelebihan di sebalik muka matang ni (mengaku matang pulak dah) memang banyak..tetapi hatiku terguris. tercalar sungguh. huhu.

Macam mana nak rawat calar ni? Saya baca satu buku ni... dan makcik saya juga pesan... bersabarlah. (sorry, orang perempuan memang sensitif yang remeh temeh ni) Bersabarlah walaupun remeh..dan kebahagiaan akan hadir ...dalam keadaan yang lebih bermakna. Jangan mengeluh... lihatlah hikmah disebaliknya.

Mengeluh ke saya? hmm, macam ye..tak bersyukur pun macam ada. Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat usia yang Kau berikan padaku. Maafkanlah aku atas ketelanjuranku Ya Allah. Ampunkanlah aku.

Saya masih 25...dan umurku akan terus meningkat. Kesimpulan coretan ini, ..bersabarlah, remeh je pun kan hal ini..tetapi saya faham jika anda mengalaminya juga, bukan senang nak pendam geram...wajah matang itu membawa makna kejayaan kan? ...kata pujuknya, kita akan sentiasa muda bila hati kita muda (tetapi biarlah berpada-pada). Sesekali manusia lain tersalah menilai..itu rencah kehidupan. Kalau sering disalah nilai, erk, itu kita kena jumpa pakar. Syukurlah atas nikmat usia.. semoga Allah merahmati kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …