Thursday, July 28, 2011

Rakaman Rancangan TV


Inilah pengalaman pertama rakaman rancangan TV. Sebelum ini, pernah juga dirakam tetapi untuk bahagian warna-warni berita..jadi tidak begitu lama rakamannya dan hanya bahagian tertentu sahaja. Tetapi kali ini, satu pengalaman baru..cukup baru buat saya.

Setelah menerima panggilan dari pihak tv, dan berbincang serba sedikit apa yang diperlukan untuk rancangan tersebut, maka pada 26 hb 7 2011, krew In Trend diketuai Kak Liza selaku penerbitnya telah datang ke bengkel Zaisara. Beberapa jenis adunan biskut sudah sediakan untuk sesi rakaman tersebut. Syukur alhamdulillah, saya sempat mengikuti bengkel Interaksi di hadapan Kamera Langsung/Rakaman Televisyen sebelumnya anjuran TAMRIN "Sharpen The Saw" di mana mereka menganjurkan siri program pemantapan untuk perunding latihan. Mengikuti bengkel tersebut, sangat membantu saya...memudahkan pengacara dan juga diri saya sendiri dalam memastikan rakaman lancar dan teratur.


Taklimat oleh kak liza...

Saya mewakili Zaisara Enterprise bagi rakaman ini..bersama Yan, Pengacara In Trend. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Dan memang mengalami suasana seperti dalam filem- filem tu... Rolling, in five seconds..action! .... Cut! ...dan terdapat babak tertentu kami perlu ambil berulang kali kerana masalah bayang/shadow..ada juga masalah bunyi kereta dan motor yang lalu lalang di depan rumah dan hal-hal lain. Ada juga babak diambil sekali lagi...untuk kepuasan hati jurukamera...dia lebih tahu apa yang terbaik. Memang mantap!


Bersama Yan, Pengacara In Trend.

Rakaman selesai pada jam 3 petang. Rasa berdebar pula melihat diri sendiri di kaca Tv nanti...entah apalah yang akan keluar. huhu... Apapun, sememangnya satu pengalaman baru buat diri ini. Terima kasih kepada kak Azlia Idha GetGorgeous kerana kepercayaan yang diberikan. Dan terima kasih juga kepada krew In Trend dan tak lupa..buat keluarga. sangat terima kasih. dan utamanya, syukur Alhamdulillah..kepada Allah swt atas peluang yang diberikan. (tak ubah macam ucapan anugerah ..hahaha)..apapun terima kasih Allah.

Nanti..tonton ya.. In Trend RTM2 hari sabtu jam 3.30 petang. saya difahamkan.... bahagian saya pada minggu kedua Ramadhan. =D

7 comments:

Anonymous said...

sgt teruja nk melihat anda di kaca tv! ^_^

MyIlham.com said...

salam kak sarah, tahniah!

amboi, dah masuk tv skang. lain pulak tengok akak dalam gambar tu :)

Sarah Azizul said...

dina: hihihi. tengok tau!

syafiq: haha...lain tu sebab kaka sarah dah gemuklah. ni tengah nak kuruskan ni..takpe..kat tv lain..haha

dik khotibah syifa' said...

tahniah ye k.sarah!!!

Noorhidayah said...

tahniah dalam usia muda sudah berjaya..sungguh bersemangat bila lihat kat tvhijrah tadi."gadis biskut" commel bunyinya.

Sarah Azizul said...

Terima kasih Noorhidayah. Saya pun tak sangka namanya gadis biskut. hehehe. Alhamdulillah, semangat dari keluarga.

FareedSairi said...

Hmmm...makcik...tengok takda cermin mata tak lengkap la :p hahaha. Semoga bahagia :)