Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Nikmatnya memasak dan berniaga

Assalamualaikum, dah lama tak bercerita di blog ini. Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan membahagiakan. Stress ke? tenang dulu ya... apa kata lakukan perkara yang digemari untuk mengurangkan stress tu. Apapun, istighfar banyak-banyak..dalam hati. Insya Allah, dapat kurangkan tekanan yang dialami.
Bercerita tentang stress, saya nak kongsikan sesuatu. Apabila saya dalam keadaan stress, saya akan memasak. Tak kisahlah apa-apa masakan, dan tetap sedap tau. hehe. Selain hobi saya memasak, bagi saya, dengan memasak, saya mampu mengawal tekanan yang saya alami dan satu kepuasan yang Allah berikan, Alhamdulillah.