Skip to main content

Nikmatnya memasak dan berniaga

Assalamualaikum, dah lama tak bercerita di blog ini. Semoga sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan membahagiakan. Stress ke? tenang dulu ya... apa kata lakukan perkara yang digemari untuk mengurangkan stress tu. Apapun, istighfar banyak-banyak..dalam hati. Insya Allah, dapat kurangkan tekanan yang dialami.

Bercerita tentang stress, saya nak kongsikan sesuatu. Apabila saya dalam keadaan stress, saya akan memasak. Tak kisahlah apa-apa masakan, dan tetap sedap tau. hehe. Selain hobi saya memasak, bagi saya, dengan memasak, saya mampu mengawal tekanan yang saya alami dan satu kepuasan yang Allah berikan, Alhamdulillah.

Selain itu juga, saya sangat suka berniaga... =D dan saya akui, rupanya, disebalik saya berniaga itu, saya mengawal tekanan saya. Apabila kita tertekan, biasanya kita akan mencari sesuatu yang lain untuk kita bicarakan..pada saya, apabila saya tertekan, saya berdoa dan berharap ada orang telefon saya dan hendak membeli biskut kami. Melarikan diri daripada masalah bukanlah satu penyelesaian yang baik, sebaliknya, mencari ruang menguruskan masalah adalah antara pilihan yang patut digunakan sebaik mungkin. Saya bukan melarikan diri bila dalam keadaan tertekan saya memasak, saya bersembang dengan pelanggan biskut, tetapi saya melarikan sekejap fokus saya untuk mendapatkan sedikit ketenangan dalam mencari idea dan jalan menguruskan situasi yang berlaku.

Adalah sangat berisiko berurusan dengan orang dalam keadaan tertekan, namun, bagi saya itu adalah satu kebahagiaan. Biar tertekan bagaimanapun, bila berjumpa dengan orang lain dan isu yang lain, kita akan terus senyum dan itu akan membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Memetik kata-kata yang dikongsikan oleh sahabat saya, Nur Mastura Mansor, "cara fikir lelaki dan wanita memiliki seinfiniti keunikan yang mencetus kepelbagaian karakter manusia. Lelaki diam tandanya sedang berfikir. Wanita berfikir lebih apabila berkata-kata. Perhatikan sekitar anda dan selami diri anda dan insan terdekat anda. Fahami mereka.Cetuskan rasa meraikan kepelbagaian The diversity of character must be appreciated.". Dan sikap berlapang dada dan sabar perlu ada dalam diri kita agar dapat mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikan situasi yang kita hadapi.

Untuk beberapa waktu ini, saya tidak dapat memasak dan menguruskan perniagaan saya. Baru terasa betapa perlu kita hargai setiap detik yang kita ada. Namun, Allah berikan yang terbaik kepada kita dan sekarang saya sedang mengusahakan sesuatu agar pengurusan kehidupan saya bertambah baik.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Comments

Nor Atiqah said…
salam kaq sarah...
wah!!...mesti akq ni pandai memasak...boleh laa saya belajar dari akq nnt...
teniat said…
kamu ini sama dgn akak, dulu masa belajar waktu musim peperiksaan, akak akan masak dan jamu org yang tgh study...akak aje yg tak study..bukan tak study..tak hard mcm org lain..kata mrk klu akak rajin boleh best student!..entahlah..suami dah buatkan blog utk kongsi resepi tapi satu apapun tak tulis.tak sengaja termasuk blog kamu..ada juga org mcm akak..ingatkan akak ni dah kira pelik

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …