Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

pernah tak? ( muhasabah )

saya pernah merajuk dengan dia... sangat-sangat merajuk. Malah mempengaruhi saya membuat kerja. emosi yang tak dapat dikawal..sungguh tak profesional pada waktu itu.

saya pernah marah padanya... kerana tindakan yang dilakukannya. Tapi silap saya, saya tak menegurnya saya hanya marah dalam diam. Kesannya, saya sakit hati... tapi saya yang rugi sebab saya sakit hati seorang diri.

Saya pernah geram sangat pada dia... geram positif pun ya negatif pun ya. Geram sebab entah.. mungkin kata-katanya, tingkah lakunya, pemikirannya, saya pun tak pasti..yang pasti apa sahaja yang dia buat, saya geram. Adakah geram ini sama seperti cemburu?

saya pernah menangis kerana dia... saya pun tak faham kenapa saya menangis. Tapi yang tentunya saya menangis kerana dia. sebab dia. Dan saya rasa air mata yang mengalir tu rugi dan tak bermakna ... sebab tak bawa apapun lepas tu.. bawa kelegaan je. Kan lebih baik saya menangisi dosa saya yang bertimbun-timbun. Tentu -tentu Allah lebih sayangkan saya.


Anda perna…

Selepas Solehah...

Assalamualaikum,

fuh, bersawang dah blog ni... aiyaa cik sarah, sudah lama tak menjenguk di sini. kibas sana , kibas sini, supaya habuk pergi.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi di ruang ini. Saya baru sahaja tamat dari program Solehah, salah satu rancangan realiti di bawah TV Al HIjrah. Satu program yang bermatlamat mencari pendakwah di kalangan wanita. Uniknya program ini, tiada penyingkiran dibuat. Kami,seramai 10 orang finalis bersatu hati, bekerjasama dan belajar bersama sehingga ke malam penentuan Solehah yang telah berlangsung pada 16 hb Disember lalu.