Wednesday, December 21, 2011

Selepas Solehah...

Assalamualaikum,

fuh, bersawang dah blog ni... aiyaa cik sarah, sudah lama tak menjenguk di sini. kibas sana , kibas sini, supaya habuk pergi.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi di ruang ini. Saya baru sahaja tamat dari program Solehah, salah satu rancangan realiti di bawah TV Al HIjrah. Satu program yang bermatlamat mencari pendakwah di kalangan wanita. Uniknya program ini, tiada penyingkiran dibuat. Kami,seramai 10 orang finalis bersatu hati, bekerjasama dan belajar bersama sehingga ke malam penentuan Solehah yang telah berlangsung pada 16 hb Disember lalu.

Saya mengucapkan tahniah kepada 3 orang sahabat Solehah yang berjaya mendapat tempat iaitu Amie Sofia (Juara) , Wan Nor Mazuani (Kedua) dan Nurul Eswani Syafazlin (Ketiga). Yang lain -lain, Adibah, Rosmarieza, Tuan Nor Shazni, Wan Suhaili, Renny dan Mariyam, kalian juga tahniah! Kerana berjaya memartabatkan erti Solehah dan mengajak bersama semua wanita di dunia ini untuk berusaha menjadi Solehah.

Semasa di dalam program tersebut, saya telah diajukan soalan mengenai cita-cita, jawab saya, " Memartabatkan dakwah melalui perniagaan". Umumnya, bila kita menyebut tentang dakwah, pasti terlintas di fikiran kalian aktiviti seperti ceramah, kuliah, mengaji, usrah, kem hafazan dan seangkatan dengannya. Bagi saya, ia lebih dari itu. Menurut Amin Idris, Musyrif Solehah , Dakwah ialah pemasaran. Ada penjual, ada pembeli, ada permintaan dan ada penawaran. Kaedahnya juga bukan satu jenis sahaja..malah pelbagai untuk memenuhi permintaan yang ada. Bagi saya, perniagaan adalah salah satu kaedah berdakwah.. dan tanggungjawab seorang peniaga dalam mengendalikan perniagaannya juga adalah dakwah.

Segala perkara kebaikkan yang kita lakukan dan memberi manfaat kepada orang lain adalah dakwah. Teruskan membuat kebaikkan dan teruskan menyebarkan kebaikkan.

Alhamdulillah, rezeki bertambah... selepas Solehah, saya kembali meneruskan perniagaan keluarga dengan matlamat yang jelas dan diperbaharui. Baru-baru ini, saya mendapat satu berita...dan khabarnya baik! Terima kasih ya Allah atas apa yang Kau kurniakan ini. Alhamdulillah.

Nak tahu apa beritanya? Tunggu! hehe

Yang pasti, pesan para musyrifah terpahat di sanubari. Teruskan membaca...dan teruskan "mengaji" ..itulah antara tugas utama seorang pendakwah.

p.s: saya berharap bulan 9 2012 saya sudah mendaftar di salah satu universiti tempatan. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

No comments: