Friday, December 23, 2011

pernah tak? ( muhasabah )

saya pernah merajuk dengan dia... sangat-sangat merajuk. Malah mempengaruhi saya membuat kerja. emosi yang tak dapat dikawal..sungguh tak profesional pada waktu itu.

saya pernah marah padanya... kerana tindakan yang dilakukannya. Tapi silap saya, saya tak menegurnya saya hanya marah dalam diam. Kesannya, saya sakit hati... tapi saya yang rugi sebab saya sakit hati seorang diri.

Saya pernah geram sangat pada dia... geram positif pun ya negatif pun ya. Geram sebab entah.. mungkin kata-katanya, tingkah lakunya, pemikirannya, saya pun tak pasti..yang pasti apa sahaja yang dia buat, saya geram. Adakah geram ini sama seperti cemburu?

saya pernah menangis kerana dia... saya pun tak faham kenapa saya menangis. Tapi yang tentunya saya menangis kerana dia. sebab dia. Dan saya rasa air mata yang mengalir tu rugi dan tak bermakna ... sebab tak bawa apapun lepas tu.. bawa kelegaan je. Kan lebih baik saya menangisi dosa saya yang bertimbun-timbun. Tentu -tentu Allah lebih sayangkan saya.


Anda pernah mengalami keadaan di atas? Bagaimana anda mengatasinya? boleh kongsikan dengan saya ... syarat nya, jangan sebut siapa orang nya yang anda marah, merajuk , cemburu atau menangis. Nyatakan sahaja situasi, mengapa dan bagaimana menguruskannya.

Apa kebaikkannya? tanpa kita sedar, kita sedang muhasabah diri kita. Bila kita nyatakan siapakah orangnya, kita mengumpat. Sebab kita kongsikan di alam maya ini..yang belum tentu boleh dipercayai tahap perlindungan terhadap sesuatu cerita.

Kita sebenarnya menyemak diri kita ... dan mengakui kesilapan kita. kalau anda perasanlah... kalau tak, anda akan lebih menyalah kan orang tu. kata guru saya, STOP BANGAUing LAH! berhenti menyalahkan orang. Lihat diri kita... kita bukan malaikat, kita manusia. dan kita sering buat silap. Bila kita melihat kekurangan diri kita dulu, orang akan lihat itu kelebihan kita. tak percaya? .. ok, anda melihat kekurangan orang..apa yang orang nilai anda? orang menilai anda kekurangan sesuatu iaitu suka menilai orang bukanlah satu perkara yang baik..Memburukkan orang mudahnya.. dan ini bukan lah perkara yang dibanggakan. Bila begini keadaannya , maka kita kekurangan bukan nya ada kelebihan. setuju? jika setuju! moh, kita semak diri..lihat diri.. ho yeah!

3 comments:

sofialwani said...

I xsuke kak nab tuh, pisang die laku habis! hanj!

Anonymous said...

Assalamualaikum..
thanks sarah atas perkongsian dlm blog ni.. selalu jga jeguk2 blog sarah..
Pernah la jga alami keadaan yang sama. saya ni suka pendam semua2 masalh. penah la jga kongsi ngan sape2, tapi lps tu die leh bka 1 group n crta semua yang tlh di ceritakn, sambil2 mengejek. so mulai dari saat tu sya x percayakn sapa2. hati mmg pedih dan menjdikan sya seorg pendiam. tanpa saya sedar sya telah menyubur dendam dlm hati. tapi Alhamdulillah.. Allah taala buka kan hati saya, lepas jumpa dgn seorg kwn yg jd kawan rapat saya skrang ni. Dari saat itu, saya memujuk hati agar maaf kan meraka semua, redha dengan semua yg telah terjadi. walaupun amat susah, amat payah tapi sya pujuk jga hti ni. Alhamdulillah, saya dpt lupakn semua tu. bila fikir balik2, segala peristiwa yg sedih2 tu dah x de dlm ingatan. rasa cam dah di delete. subhanaallah, Allah taala telah menbantu saya melupakan semua tu.mungkin yg tinggal cuma rase sedih yg teramat sedikit utk membrithu sya yg saya pernah melaui peristiwa tu. tapi bila di tanya secara details sya x thu nak crta ape. Yang penting kita kene Yakin dgn Allah. Dialah sumber kekuatan sya. :)

Sarah Azizul said...

waalaikumsalam,

saya akui..perkara yang dah lepas bukan senang untuk dipadam terus. Ubatnya,bila teringat je, kita terus berzikir dan mohon keampunan Allah. Insya Allah lega, bantuan yang terbaik tentunya dari Allah. Dalam keadaan dizalimi, doa kita dimakbul. Berdoalah...dan adalah lebih baik dan bermakna sekali, kita doakan kesejahteraan diri kita dan keampunan untuk teman yang kita kurang selesa itu. Maafkanlah.Redhalah. Salah satu cara untuk kita menenangkan diri kita. saya akui, bukan sesuatu yang mudah. tapi kita kena berusaha. Saya juga, sedang berusaha, redha atas apa yang telah dilalui. dan berpegang, ada hikmah pada masa depan atas perkara yang telah dilalui ini.

semoga terus bersemangat dan semoga Allah sentiasa merahmati anda.