Tuesday, January 24, 2012

Bumi Sakura #1

Assalamualaikum, Subhanallah! dah lama tak update blog di sini. Maaf semua. Antara alasan -alasan tak update blog adalah seperti berikut (boleh pula banyak na alasannya):

1. Kekurangan idea
2. Kekurangan bahan cerita
3. Kekurangan persembahan cerita
4. Tidak menyediakan masa untuk update blog

Kesimpulan nya, ONAR je semua tu. Banyak alasan maksudnya malas. Hahaha. ok, Saya mengaku dan saya menyesal. sorry. =(

Kerana tidak update langsung blog ini hampir sebulan (oh,sebulan je baru...tapi memang dah lama tak update ni), maka , kali ini saya kongsikan perjalanan ke negara Matahari Terbit. Mana tahu, ada rezeki, kalian ke sana, boleh rujuk apa yang saya kongsikan ni. =)


Saya telah ke Negara Jepun pada 11hb Januari hingga 16hb Januari 2011 bersama abah,mak dan dua orang adik saya untuk melawat dan menziarahi adik saya yang sedang menjalani latihan industri di sana. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah menizinkan kami mengenali dengan lebih dekat saudara dari Negara Matahari Terbit ini. Alhamdulillah, Allah swt mudahkan setiap urusan kami. Alhamdulillah. Maka , Perjalanan pun bermula... (saya masukkan juga anggaran belanja...senang untuk kalian buat budget)

11 hb Januari 2011 (Rabu)

  • Menaiki flight Air Asia jam 2.00 petang (waktu Malaysia)
  • Tiba di Osaka -Kansai International Airport jam 9.30 malam (waktu Jepun)- harga tiket boleh semak di www.airasia.com
  • Mengambil bas dari airport ke Hotel New Hankyu, Osaka ( itu jelah pun bas terakhir malam tu, dan adik dah tempah siap hotel malm tu) - seorang 1500 yen sehala
  • Menginap di Hotel New Hankyu (ambil yang paling murah yang ada kat hotel tu ) - Japanese Suite , satu malam 37 500 yen

12 hb Januari 2011 ( Khamis)

  • Bergerak ke Osaka Station (Stesyen Kereta api utama) - jalan kaki sahaja sebab sebelah hotel dan dekat.
  • Membeli tiket ke Komatsu station (adik tunggu di sana) ...menaiki Thunderbird Train (katanya kedua terlaju..kena sahkan maklumat ni) - seorang 6150 yen sehala
  • Bergerak ke Komatsu station, perjalanan 2 jam 40 minit ..apalagi zzzz. Ops, terjaga, tiba-tiba nampak pemandangan Gunung yang putih...dan padi yang putih...yeay! Salji!
  • Tiba di Komatsu Station, disambut oleh adik, kawannya, Sensei Iida (penyelia) dan Asakura san (pembantu penyelia).
  • Dibawa menikmati sushi (asli punya dari Jepun. Tapi tempat ni mahal sikit dari kebiasaan adik sebab mengejar masa) - satu hidangan untuk seorang 700 yen (boleh makan 2 orang utk perut org Malaysia)
  • Melawat Muzium Ultraman (FREE!!) dan masuk sekolah Ultraman - seorang 500 yen. bayar untuk seorang lagi 3 orang jadi peneman. Konon-konon yang masuk tu budak bawah umur. (walhal dah terlebih umur. hahaha) ...dah masuk kelas ultraman, dapat pengiktirafan dari Ultraman. (jujur, tak tipu)
  • Pergi ke Perkampungan tembikar. Membeli dan mengecat tembikar yang telah dibeli. - 1000 yen satu tembikar (ikut jenis,saiz dan warna yang digunakan)
  • Pulang ke JAIST (universiti tempat latihan industri adik)...berehat (main salji kejap kat tepi hostel) ...dan bersiap untuk ke TOKYO!
  • Jam 7.00 malam gerak ..menaiki Shuttle bus yang free..dan ke pekan terdekat dengan JAIST.
  • Naik train antara bandar/ pekan menuju ke Bandar Kanazawa - 440 yen + 160 yen seorang (pertukaran stesyen)
  • Tiba di Kanazawa ... tunggu bas yang telah dibeli siap (tempat duduknya) .. perjalanan mengambil masa 10 jam dari Kanazawa ke Tokyo. Masuk sahaja bas terus zzzzz. (dalam bas dia cantik!) - tiket sehala seorang 4937.50 yen
Bersambung...


2 comments:

AjlaA said...

mahalnyeeeeeeee.. sob sob
bile duit kte nk setaraf dolar eh. hehehe
thanks for the post sarah ^^

Sarah Azizul said...

hahaha.. aku berangan nak pergi kazakhstan sebab pakcik aku ada kat situ... tapi cost of living kat sana antara yang termahal di dunia. tiket dia murah..murah hala ke europe lah..memikir ni macam mana nak dapat duit banyak