Monday, January 30, 2012

Putera Lembah Bakkah


Semasa di dalam kapal terbang, dalam perjalanan ke Osaka, Jepun, saya mengambil peluang yang ada membaca buku yang dibawa bersama. Ada 2 buah buku yang saya bawa antaranya Putera Lembah Bakkah 2 terbitan Galeri Ilmu.

Berdebar dibuatnya semasa membaca cerita Maisarah bercerita mengenai pemuda misteri...sepatutnya Maisarah yang memberi khidmat kepada pemuda itu kerana itu yang diamanahkan oleh Siti Khadijah Khuwailid, majikannya tetapi yang berlaku... tidak pernah dialami oleh Maisarah sebelum ini. Jika Maisarah keletihan, dia disuruh berehat.Jika Maisarah tertinggal di belakang, pemuda itu setia menunggunya. (Zuraimi,2011).. hebat pemuda ini. Hatinya cukup murni dalam persahabatan, cukup suci dalam melaksanakan amanahnya malah disegani dalam segala perkara. Semasa membacanya, terasa sesuatu mengalir di dalam badan saya...satu tenaga yang menggetar jiwa... menjadikan saya terduduk, menginsafi diri, pemuda itu dah tunjukkan caranya, kita, kita sebagai umatnya hanya perlu memilih sama ada menjadikan dia sebagai teladan atau hanya membiarkan sirah itu sebagai kenangan.

Malu rasanya kerana Baginda rasul s.aw. menunjukkan kepada kita, kasihi keluargamu walau apa jua melanda dirimu dan apa jua yang dilalui oleh mereka, sayangi  sahabatmu tatkala dirimu susah dan senang apatah lagi dirinya yang susah juga senang, hormati jiran tetangga mu dengan memperkenalkan dirimu kepada mereka bukan menanti diperkenalkan..malu. malu. Malu kerana tidak melaksanakan seperti yang ditunjukkan rasul s.a.w ..sebaliknya sibuk meminta orang melaksanakan apa yang ditunjukkan oleh rasul s.a.w kepada diri kita. Baginda s.a.w mengajar kita..kita yang harus melakukannya dahulu..bukan menanti orang melakukan untuk kita. 

Saya menyelak muka demi muka, helai demi helai... air mata mengalir ..air mata syahdu. Sungguh, kekasih Allah ini sangat istimewa. Perjalanan hidupnya memberi nafas kepada seluruh alam. Subhanallah, aku merinduinya..dia yang bernama Nabi Muhammad s.a.w . Semoga Allah merahmatimu.

Ayuh kita berselawat..lahirkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w.

No comments: