Skip to main content

Usrah PC : Turkey

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, baru-baru ini ada Usrah PC. Rasanya tak sengaja usrah ini berlangsung. Hehe.Semuanya atas usaha cik Fura yang memastikan usrah ini berjalan. Walhal bukanlah usrah, lebih kepada aktiviti makan-makan. Rezeki saya, berlangsung pada tarikh ulangtahun kelahiran saya, 23 Feb. (Perasannya aku!) 

PC ni apa? Hanya ahli PC sahaja yang mengetahui maksud sebenarnya. Buat orang ramai, PC ini bermaksud Persatuan Cantik - cantik je. (cantik ke??). Ini semua idea "President at Obersea". Kerana Akmal bertanya, dia si President pun menjawab dengan selamber maksud PC. Keahlian PC sangat terhad, setiap penyertaan perlu dibawa masuk mesyuarat di mana mesyuarat hanya berlangsung setahun sekali. (itupun kalau ada rezeki, moga-moga ada rezeki).  Pertemuan PC juga tanpa sengaja...biasanya berlangsung di luar negara (jarang sekali di Malaysia)  dan bila di Malaysia , di tempat yang kelassss aje. Dan tempat kelassss tu hanya ahli PC yang boleh tafsirkan. (hmm,memang susah nak masuk PC ni). Mesyuarat terbaru, terkini, pertama dan terakhir... untuk tahun 2012 (mesyuarat luar biasa) berbincang mengenai usul pertambahan ahli. Dan keputusannya, usul ditolak. Sila cuba lagi tahun depan. Hahaha. Usrah PC kali ini tidak dapat dihadiri oleh 2 orang ahli kerana seorang mesyuarat di universiti kebanggaan Malaysia yang sibuknya kalah Perdana Menteri dan seorang lagi berurusan di luar negara... UK tau! Kelassss gitu. (PC!)

Siapakah Ahli PC yang sebenar? Hanya Ahli PC je yang mengenalinya. 

Baiklah, dalam usrah PC ini, (secara tidak sengaja) ... kami muhasabah diri. Lebih-lebih lagi kehilangan seorang sahabat kepada salah seorang ahli PC. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertakwa. Al-Fatihah. 

Cantikkan? Sebahagian tempat yang ingin dilawat di Istanbul 
Seterusnya, kami berbincang tentang aktiviti berjalan. Saya sangat berimpian untuk menjejakkan kaki di bumi Istanbul. Langsung membuka perbincangan, bertanyakan kepada Penaung PC. Rupanya Penaung PC telah menjejakkan kaki di sana dua kali, pada lewat tahun 90 an sewaktu dia belajar dahulu. Dan dia berkongsi pengalamannya di sana. Sangat mengujakan. Bertambah membuak-buak mahu ke Turki. Buat masa ini, sedang mencari-cari agensi pelancongan yang sesuai dan memikat hati. Kali ini, perjalanan bukan seorang tetapi 2 orang. Ahha! Dengan siapa? Tunggu sehingga 17 Mac 2012. ( Nak lebih dari 2 orang boleh..tapi keutamaan saya adalah 2 orang sebab  mengumpul duit untuk dua orang. ahaks!) 

Pada 1 hingga 3 Mac ini, akan diadakan Pameran Berkenaan Turki di KLCC. Masuk adalah percuma. Maka, sebelum merantau jauh ke Turki, kita ziarah dulu dan mengenali lebih dekat serta mendapatkan maklumat dari pameran ini. (supaya lebih teruja) ... ok, mari mengumpul duit! 

Eyes On Turkey


P/s :  Kemboja, Indonesia (Surabaya), Myanmar, Singapura , China (Beijing) , Jepun ( Osaka &Tokyo) .... seterusnya Mekah & Madinah diikuti Turki. Semoga Allah memberi kesihatan yang terbaik untuk menambah ilmu dan mengembara mengenali Islam dan dunia. 

Comments

chAq said…
sobs-sobs...
Sungguh ni, menitis air mata!
Cewah... Adakah semua menolak usul penambahan ahli? hehe. Clever nya ;p.
Kena meeting semula..Tunggu kita :).
Rindu PC! Meeting kat UK lah...mai la mai la mai la
Anonymous said…
hahaha... nak balik dah. tak best lah. kitaorang pakat nak meeting kat Turkey

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …