Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Saya dah kahwin. =D

Assalamualaikum,
"Saya terima nikahnya Sarah Binti Azizul dengan mas kahwinnya RM *** tunai ", jawab  suami saya, Wan Ahmad Fadhli. Alhamdulillah, ayah saya sendiri yang nikahkan saya dengan suami saya pada 15 Mac 2012(Khamis Malam Jumaat) yang lalu. Perasaan? Alhamdulillah. (wink wink)

Nak buat kek apa?

Assalamualaikum,
Sedang selak-selak buku resepi. Nak buat kek untuk hari istimewa. Kena buat sekurang-kurangnya tiga kek. Satu kek bagi kat pihak sebelah sana dan dua lagi untuk dihidangkan pada malam itu. (bercerita macam lah orang tau malam apa, pihak mana. Nanti cerita lebih lanjut ya). Memikirkan kek apa yang istimewa...sedang mengidam nak buat Blueberry Cheesecake. Ahha! bukan mengidam makan..tapi mengidam nak buat. Buat masa ini, sumber blueberry itu sangat mudah nak dapat. Teringin juga nak buat Manggo Cheesecake. Aiyooo. Macam mana ini? yang tentunya..nak buat cheesecake belaka.