Skip to main content

Saya dah kahwin. =D

Assalamualaikum,

"Saya terima nikahnya Sarah Binti Azizul dengan mas kahwinnya RM *** tunai ", jawab  suami saya, Wan Ahmad Fadhli. Alhamdulillah, ayah saya sendiri yang nikahkan saya dengan suami saya pada 15 Mac 2012(Khamis Malam Jumaat) yang lalu. Perasaan? Alhamdulillah. (wink wink)

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir pada malam itu... juga sahabat-sahabat yang membantu untuk menjayakan majlis perkahwinan kami. Tidak boleh dilupakan, sumbangan dan pengorbanan Mak, Abah, Atuk, Makcik-makcik saya dan pakcik-pakcik saya serta adik beradik yang bersusah payah menjadikannya lancar.

Sebelum berkongsi tentang kisah pertemuan kami, suka saya mengingatkan teman-teman, kongsilah kisah cinta anda selepas berkahwin..bukan sebelum. Kerana, dah tentu-tentu dah korang kahwin. hehehe.

Kami berkenalan sebelum Ramadhan tahun lepas, 2011... ramai yang bertanya macam mana boleh berjumpa? Hmmm...saya, mak dan adik-adik jawab, jumpa di rumah. Sungguh kami tak tipu. Kami dipertemukan dengan izin Allah oleh seorang sahabat saya. Saling tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi mendengar namanya juga melihat orangnya. Selepas ditanya, abah minta kedua-dua pihak solat istikarah dalam tempoh tertentu. Selepas itu, dengan jawapan yang diberikan Allah, dia pun datang  ke rumah, ta'aruf. (kan dah cakap, jumpa di rumah..haaa). sesi ta'aruf tak bermakna confirm. Si dia bertanyakan kepada saya, bila rancang hendak berkahwin, bolehkah bertunang dulu dan berapa lama tempohnya. Setelah berbincang, dia berkata, Sarah, jika ada jodoh antara kita, adalah dengan izin Tuhan. Jika ada yang lebih baik dari saya yang bertanya awak, awak terimalah dia. Kita usaha dan tawakal. 

Saya juga memberi respon yang sama. Dan kami berkawan seperti kami berkawan dengan orang lain. Tiada yang istimewa. Semasa hari raya, mak dia datang ziarah kami... berkenalan-kenalan.. rupa-rupanya jiran kepada Aswad (staff EZ Qurban a.k.a kawan punya baiklah) 

Semasa menyertai Solehah, abg Is berpesan sesuatu, katanya, pilihlah lelaki yang inginkan kita kerana tanggungjawab ..bukan kerana cinta. Insya Allah, selamat dunia akhirat. Bila saya mendengar kata-kata abg Is itu, mula berfikir panjang. sesungguhnya Allah memberikan sejelas-jelas petunjuk dan alhamdulillah, kami bertunang 4 minggu sebelum Solehah tamat. Majlisnya sangat ringkas dan hasil perbincangan, bulan 3 2012 kami akan dinikahkan (tarikh diberikan oleh cik Me, dan semua bersetuju) 

Mak mertua sarungkan cincin. (blushing!)


Sepanjang tempoh kami bertunang, hanya sekali kami berjumpa di luar dengan kehadiran mak masing-masing untuk membeli baju nikah. Selepas itu, tidak sekali kami berjumpa di luar apatah lagi untuk membeli barang-barang hantaran. Biasanya, orang bagitau saya, membeli hantaran bersama-sama..tetapi tidak kami, beli barang masing-masing. dan tukar-tukar. 

waktu akad nikah 
pada 15 Mac 2012, Alhamdulillah, kami dinikahkan oleh ayah saya, Azizul Ghazali  dengan mas kahwin sekian-sekian. Semuanya berjalan lancar. Disebalik penyediaan majlis nikah ini, hihihi, lucu pun ada. Saya dari pagi keluar beli barang masak. Mak masak rendang ayam. abah masak lemang dan saya masak speghetti. Kata makcik saya, adatnya, pengantin tak boleh buat kerja dan duduk sahaja dalam rumah. Bagi saya, majlis ini majlis saya, dan saya perlu bersusah payah menjayakannya. Tidak rugi malah lebih berasa puas. =D 

Antara sahabat-sahabat yang saya sayang, turut hadir. Terima kasih <3

Pada 17 Mac 2012,  Kenduri Kahwin sebelah perempuan. Ramainya orang! Alhamdulillah. Maaf atas segala kekurangan layanan dan hal-hal lain. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada atuk dan opah saya yang membantu dari sudut katering ( SANGAT SEDAP masakan katering tersebut. GILE SEDAP) , makcik-makcik saya yang membantu saya menyediakan bilik pengantin ( kalau saya buat, memang takde bilik pengantin.hehehe) , makcik-makcik saya juga yang membantu kami sekeluarga menyediakan jamuan Nikah, pakcik-pakcik saya yang membantu persiapan kenduri dan paling utama kepada Mak, Abah dan adik-adik yang sangat-sangat banyak membantu. Terima kasih. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian hingga ke syurga. oh ya, kepada para penaja , sangat-sangat terima kasih, semoga Allah melimpahkan rezeki kalian dengan rahmat dan mawaddah. 

Dan bermulalah kisah cinta saya dan suami  ... ingatan dari saya, bercintalah selepas nikah. Indahnya seperti yang dikhabarkan dan dijanjikan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Syok bercinta lepas nikah!

p.s : Maha suci Allah, Dia memberikan kepada saya seorang yang memahami, matang  malah kami saling membantu antara satu sama lain. Macho pulak tu! Semoga rumah tangga kami diberkati Allah hingga ke syurga Ilahi.

Comments

AjlaA said…
ehem ehem
mabruk sarah n suami
selamat bercinta hingga ke syurga~
Sarah Azizul said…
terima kasih Ala...
tak lama lagi giliran Ala. Amin!
Anonymous said…
salam sarah azizul..dulu kmpk kan?tahniah atas pernikahan. semoga ikatan kekal dan bahagia hingga ke syurga.. =)

-mahfuzah-
Sarah Azizul said…
wslm, mahfuzah. ye saya. Kini Alumni KMPk..hehe. Terima kasih mahfuzah. =D

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …