Wednesday, June 6, 2012

Pulau Telur Bihun

Assalamualaikum,

hihihihi...tajuknya pun mesti menggoda kan? (tolonglah sarah) ..hahaha

Baru -baru ini, mr hubby minta saya sediakan makan malam yang ringkas , tidak berat dan mengenyangkan. Selalunya kami akan berbincang menu yang hendak dinikmati bersama. Maka, setelah berbincang, menu malam itu ialah Benjo. Kata mr.Hubby, telur tu buat seperti telur dadar tetapi dihancurkan.Sedappp, jaminannya. Dalam kepala saya waktu itu,sudah terbayang-bayang rupa Benjo dan rasanya.

Tiba di rumah, melihat-lihat bahan yang ada. Semua lengkap. Roti, salad, telur, bawang,cili hidup,  lada hitam dan sos cili. Tetapi mengintai-intai roti yang ada, hanya tinggal 4 keping. Dan malam itu juga, saya bercadang nak buat kuah durian sebagai pencicah roti untuk sarapan pagi esoknya. 

Kcing! idea tiba...lalalala. terbayang - bayang Pulau Telur Bihun. ahha..lagi best ni. Dengan keadaan perut yang tak berapa lapar, tapi nak makan, ditambah pula sokongan padu dari mr.Hubby, ayuh, kita jayakan idea yang menarik ini. ahhhahahaa. 

Pulau Telur Bihun 

Bawah sekali..Bihun Goreng Singapore
Tengah-tengahnya...ditabur hirisan salad
Atas pula... Telur Dadar hancur
Dihiaskan pula dengan...tomato dan timun
Dinikmati dengan ....Sos cili
Makan bersama...Mr.Hubby
Komen diterima...membuat saya tersenyum sehingga kembung pipi. hahahaha

Pulau Telur Bihun



Bihun Goreng Singapore 

Saya buat yang sangat asas. Tiada aksesori yang pelbagai seperti ayam,udang,sayur dan sebagainya kerana telur itu menjadi lauk  juga salad untuk dimakan bersama. 

Bihun 
Bawang putih....pecah-pecah/sekali tumbuk
Cili api ..pecah-pecah 
Lada hitam
garam
Stok ayam 

Tumiskan bawang putih dan cili api, masukkan bihun , gaul rata, Masukkan lada hitam kemudian perasakan dengan garam dan stok ayam. Siap!

Telur Dadar hancur 

Saya suka bersembang bab makan-makan tak kisah dengan sesiapa. Sebelum kahwin, selepas kahwin, inilah minat saya. Keterujaan yang lebih meningkat kerana minat,sokongan dan tanggungjawab. Bila mr.Hubby mecadangkan telur dadar hancur ini, apa lagi...terus ke dapur lah saya,


Telur 3 biji
bawang besar ...hiris
Cili hidup...hiris 
Lada Hitam
Garam
Susu Cair ... andai nak rasa lemak dan lembut

Gaul rata semuanya dalam satu bekas, pukul-pukul sikit pakai garfu. Kemudain tuangkan ke dalam kuali yang sudah dipanaskan minyaknya. Dia macam nak masak..tapi belum sempurna, terus kacau-kacau jadi hancur ketul-ketul. Siap!


Itulah Pulau Telur Bihun. Ahaks. kan dah kata, yang ada masakan panas je di sini. Senang dan mudah. Bijak bermaij bahan menghasilkan makanan yang menarik dan sedap (Zaiton,2012)

p.s :  Tengok dia makan berulang-ulang, itulah jawapan yang diperlukan. Terima kasih!


3 comments:

As said...

Oh thanks memang minatlah baca resepi2 yang diceritakan ala simple camni :)

P/s: pernah baca novel dapur wawa? Oh semua bincang pasal makanan :)

Angah said...

pulao telor bihunnnnnnnnnnnn?
menarik namanya....

Sarah Azizul said...

As : terima kasih As sudi membaca. hehehe. Oh ye ke? nanti ia cari novel tu. bestnya!

Angah : hahaha. menarik kan? kelakor pun ada namanya.