Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Corelle dah sampai!

Assalamualaikum,

Setelah 7 bulan menanti, akhirnya, tiba barangan dapur jenama Corelle dan Corningware yang dibeli di U.S.A. Seronoknya tak terkata ... Hihihi.

Corelle kat Malaysia memang mahal. Bila bagitau orang, yang Corelle saya dah sampai, orang cakap, mak oi! Banyaknya duit.

Ish, sebab tak banyak duitlah sanggup tunggu berbulan - bulan lamanya untuk mendapatkan Corelle dengan harga mampu beli.

Corelle yang dibeli berharga $24 untuk set 16.

Home Made Pizza

Assalamualaikum & selamat petang, 
 Petang semua kerana di kala menaip cerita terbaru ini adalah di waktu...petang! 
Dah lama tak update blog. Kali ini saya nak bercerita tentang resepi terbaru saya. hihihi. Kongsi resepi aje kerjanya, tetapi bagusnya meletak pelbagai resepi sendiri di blog ni amat memudahkan adik-adik saya nak memasak dan mereka akan merujuk di blog inilah. Tapi banyaknya resepi omputih. Nanti ada masa, saya update resepi masakan melayu. Semenjak bertukar status ni, segala masakan melayu klasik, moden, dan segalanya saya buat. (mana lah cik abang tak bertambah "kurus")
Kali ini saya kongsikan Home Made Pizza. Mudah ringkas dan sedap.