Skip to main content

Corelle dah sampai!

Assalamualaikum,

Setelah 7 bulan menanti, akhirnya, tiba barangan dapur jenama Corelle dan Corningware yang dibeli di U.S.A. Seronoknya tak terkata ... Hihihi.

Corelle kat Malaysia memang mahal. Bila bagitau orang, yang Corelle saya dah sampai, orang cakap, mak oi! Banyaknya duit.

Ish, sebab tak banyak duitlah sanggup tunggu berbulan - bulan lamanya untuk mendapatkan Corelle dengan harga mampu beli.

Corelle yang dibeli berharga $24 untuk set 16.
Setelah dicampur cukai tolak tambah, harganya $ 27 per set. Masih murah lagi berbanding di Malaysia ini...walaupun di jualan bebas cukai. Setelah campur kos shipping dan segalanya lah, semuanya menelan belanja RM 1200 merangkumi 4 set Corelle (16),1 set bake french white Corningware (14), Remiskin Set (4) dan mug Corelle cantik sangat (4).

Banyak tak? Hahahahahahaha. Kat sini, dengan RM 1200, boleh dapat 2 set Corelle. Tak sebanyak yang saya beli kan? Namun, sebalik nak dapatkan Corelle murah giler ni, banyak cabarannya. Hehehe

Ketika itu, sedang menyiapkan majlis kahwin. Pada masa sama, menyiapkan kelengkapan dapur rumah sendiri nanti. Mencari - cari Corelle yang mampu dibeli, paling mampu nuuuuun di seberang laut sana. Saya hubungi kawan di sana, katanya, shipping mahal kak. Nanti saya tengokkan kot kot ada yang murah.

Apabila kawan tu dah ketemu shipping yang dirasakan murah, kira punya kira, oh, mahal juga. Saya pun contact sahabat baik di London, beli Corelle di sana. Huhu, kalau di U.S.A, $ 24. Di London pula, 24 pound. Gulp. Tapi masih murah kot...(terlupa nak kira shipping sebab konon menumpang)

Tiba- tiba, suatu hari, kawan di U.S.A hantar mesej, Kak Sarah nak beli Corelle tak? Ada kawan ni nak shipping barang balik Malaysia. Tumpang sekali, kongsi bayar.

Masa itu, nampak jalan bercahaya di depan mata( orang perempuan ni bila bab pinggan mangkuk, usaha habis - habisan) Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Maka, selepas 7 bulan, sampailah set Corelle yang dinanti - nantikan.

Ok, sekarang sangat sibuk dengan biskut raya, jadi tak sempat nak buat makan - makan, Insya Allah, dalam bulan 8 buat makan - makan. (boleh guna Corelle, Tupperware & Corningware)

P.s : wanita ini buat kerja bersungguh - sungguh. Biarpun urusan pinggan mangkuk, ditambah dengan minat dan sokongan keluarga, ku usahakan untuk dapatkan juga kerna wanita itu sifatnya bersungguh - sungguh.

Comments

sourplum said…
kalau 2 set da balik modal
Sarah Azizul said…
ada orang nak beli... saya kata, maaf. bukan untuk dijual. (^____________^)

biarpun seorang peniaga, tetapi tang pinggan mangkuk ni..fuh! bertahan.
oo Sarah amek tema Sakura ek?

kak Nabilah pun ada beli Corelle.
Bln depan baru sampai.
Tapi amek 2set je, 32pcs.
Bulan depan baru boleh amek.
Xsabaq jugak, kekeke.
Nant nak update kt blog jgk cam Sarah.
$24 tu berapa RM ek?
byk nye Sarah beli, k.N dpt beli sket2 je dlu..
Sarah Azizul said…
Masa saya beli tu , $1 bersamaan RM2.80. maka, $24 bersamaan RM 67.20
... lebih kurang begitulah..yang tentunya duit ringgit tak cecah RM 3. masa pergi ambil baru ni,ringgit dah cecah RM 3.. saya tak bayar shipping lagi. Jadi shipping saya RM 500 semuanya. Beli banyak-banyak sebab alang-alang membeli , dan shipping pun mahal, jadi dapat peluang shipping tu saya terus borong sahaja. yg lain-lain nak tambah koleksi ingat tahun depan nak beli lagi, sebab kawan tu tahun depan final year. boleh le memborong sakan. hahahahahaha

Kak nabilah, kitaorg nak membeli almari khas nak letak koleksi mug, Corelle,Corning ware dan Tupperware. hihihi
Hah, ada plak, rak khas?
Canggihnya..

Pinggan tu dh murah.
Shipping 500? berbaloi ke?

Kalau nak memborong lagi, bagitau ek..
Kot2 la akak bo tumpang 2kotak, kekeke.
Nak beli set kuali, periuk tu.
jenama pe best?
Tefal tu, satu company ngan Corelle jgk ke?
sara said…
Bertuah..klw ada rezeki nk join.kerje kerani.tp teringin nk pakai corelle gak.
Sarah Azizul said…
Boleh saja join. =D nanti saya tanya kawan tu..bila dia balik malaysia lagi
azmaahmad said…
Boleh order corelle dengan penjual yg mmg beli byk2 dari us dan shipping biasanya dalam 3 - 4 bulan boleh dapat. Sy ada beli dengan mereka...salah satunya boleh tengok kat blog www.bigsaveoncorelle.blogspot.com
corelle murah said…
salam sis...
kalo sis berminat nak beli corelle lagi tanpa perlu susah payah bawak dr USA, blh lawat blog dan fb saya :)

http://www.facebook.com/corellemurahoriginal

http://corelleyangmurah.blogspot.com/
mamalisa said…
Inform saya juga kak..mcm mana nak order..
fizafiza said…
saya cari set hanami. ada tak? emel ke feeza.k@gmail.com ye. tq

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …