Skip to main content

Home Made Pizza

Assalamualaikum & selamat petang, 

 Petang semua kerana di kala menaip cerita terbaru ini adalah di waktu...petang! 

Dah lama tak update blog. Kali ini saya nak bercerita tentang resepi terbaru saya. hihihi. Kongsi resepi aje kerjanya, tetapi bagusnya meletak pelbagai resepi sendiri di blog ni amat memudahkan adik-adik saya nak memasak dan mereka akan merujuk di blog inilah. Tapi banyaknya resepi omputih. Nanti ada masa, saya update resepi masakan melayu. Semenjak bertukar status ni, segala masakan melayu klasik, moden, dan segalanya saya buat. (mana lah cik abang tak bertambah "kurus")

Kali ini saya kongsikan Home Made Pizza. Mudah ringkas dan sedap.

Saya masih ingat lagi, sewaktu mengikuti kursus Masakan Barat anjuran KKLW di Johor, Chef yang mengajar tu memaklumkan bahawa pizza ini ada lebih 200 macam. Semuanya bergantung kepada jenis roti yang kita guna, maka akan terhasillah pelbagai jenis dan nama. Malah roti sandwich pun boleh dijadikan Pizza. Maka chef itu berkongsi salah satu resepi pizzanya menggunakan roti sandiwch . (Resepi saya belum lagi) 

Bahan-bahannya : 

Beberapa keping roti sandwich 
bawang besar (hiris)
lada benggala/cameron (potong dadu)
Daging cincang ( masak dengan digoreng tanpa minyak )
cendawan butang (hiris) 
sayur campur
sos cili
sos tomato
mayonis
oregano
Mozarella Cheese (paling penting!)

Cara-caranya : 

Susun roti atas tray pembakar. Masukkan mayonis ke dalam plastik dan digunting muncungnya. Setelah itu dispread atas roti. Tabur/susun daging, sayur campur, cendawan dan lada benggala atas roti. Spreadkan sos cili dan sos tomato bahan-bahan yang disusun tadi. Taburkan oregano dan diikuti mozarella cheese paling atas sekali. Kemudian dibakar dalam oven sehingga cheese cair dan boleh dihidang. sedap dinikmati panas-panas. Rangup. 

Senangkan? kata Chef, hidangan ini sangat sesuai dihidangkan kepada tetamu kanak-kanak terutama pada hari raya dan rumah terbuka. 

Saya kerap menyediakan hidangan pizza ini kepada tetamu rumah terbuka. Selepas kahwin, saya pun tunjukkanlah kehebatan membuat masakan omputih ini keada suami saya dengan menghidangkan pizza ini. Namun.......

Abang tak minat sangat makan bawang mentah dan sayur mentah. boleh tak dimasakkan bawang dan sayur ni? 

Alamak! silap teknik pula. Konon nak buat surprise.Rupanya, terlupa pula tanya apa yang dia tak suka. (masa buat pizza tu, sorok-sorok. Siap pesan jangan datang dapur) 

Akan tetapi... dia tidak mengatakan dia tidak suka pizza. Dia cuma tidak suka yang mentah itu. Maka, ahha! saya telah menyediakan pizza seterusnya dan fuh! memang sedap lah! Dengan roti yang KRUP KRUP, dengan rasa masam-masam pedas manis , dengan cheese yang cair dan boleh tarik-tarik ..walah! gitu lah best.  Kita terus masuk ke resepinya ya. =D



Bahan-bahannya : 

5 keping Roti European Cottage Style Gardenia
1 biji Bawang besar (potong dadu)
1 biji bawang putih (potong dadu)
3 sudu besar Sos Speghetti Kimball
1 sudu besar Sos Cili Kimball
3 batang sosej / semangkuk kecil daging cincang
garam
stok ayam
oregano
Mozarellla Cheese

Cara-caranya : 

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sos spegheti dan sos cili. Kacau sehingga pekat. Masukkan sosej / daging. Kacau sehingga daging masak. Perasakan dengan garam dan stok ayam. Kemudian tutup api. Susun roti di atas tray pembakar. Letakkan bahan yang telah dimasak tadi di atas roti. Taburkan cheese di atasnya. Bakar sehingga cheese cair. Lebih sedap gunakan api atas bawah. Jika tiada oven/ketuhar, gunakan kuali, api kecil dan tutup kuali tersebut. 

Boleh gunakan bahan-bahan lain seperti cendawan, lada benggala dan lain-lain yang digemari. Selamat memasak dan menikmati. 

p.s : Rasa sangat berbaloi membuatnya sendiri. puas hatiku! boleh hidang masa open-open house.

Comments

As said…
In love with it.
Nak try buat lah versi sandwich nih!

Thanks kakak!

p/s: As memang suka resepi omputih style esp pasta!

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …