Skip to main content

Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TAMRIN atau juga dikenali sebagai Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia merupakan sebuah badan NGO yang menyediakan Program latihan dan perkongsian bulanan dengan yuran minima untuk membantu para trainer mempertajamkan kemahiran bagi memajukan bisnes training sekaligusmampu untuk mempersembahkan perkhidmatan berkualiti membangunkan ummah.




Saya mula terlibat dengan TAMRIN semenjak tahun 2011 melalui program TAMRIN "Sharpen The Saw".Alhamdulillah, program-program di bawah TAMRIN 'Sharpen The Saw' atau dikenali TAMRIN STS sangat banyak membantu saya dalam mempelbagaikan kemahiran, pengetahuan dan menggalakkan perkembangan kreativiti dalam menjalankan program motivasi, latihan, ceramah, interaktif seminar dan lain-lain. Sangat- sangat membantu. 

Tahun 2012, saya telah dilantik sebagai penyelaras program TAMRIN STS bersama Tuan Lutffi Omar  untuk membantu EXCO TAMRIN STS, Cik Puan Nur Mastura agar program yang dilaksanakan berjalan lancar dan pengisian yang menepati keperluan dan kehendak para trainer, speaker dan fasilitator. Insya Allah 


Sudah beberapa program telah berlalu antaranya Memulakan Bisnes Training (persediaan - bisnes model - strategi menjual diri), Mengurus Kewangan Trainer dan atas permintaan, Memulakan Bisnes Training (persediaan - bisnes model - strategi menjual diri) diadakan sekali lagi. Buat sahabat-sahabat, saya sangat mengesyorkan anda menyertai program ini terutama bagi mereka yang sering terlibat sebagai fasilitator, trainer, penceramah dan speaker. Segala maklumat mengenai TAMRIN disalurkan melalui media sosial, Facebook. Jadi anda hanya perlu like page ini 
https://www.facebook.com/TAMRIN.STS dan mengikuti perkembangan dan maklumat terbaru dari TAMRIN. 

Semoga kita semua sukses bersama dalam membangunkan ummah! 





Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…