Skip to main content

Diuji atas apa yang kita cakapkan?

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Pernah tak anda perasan, kita diuji dengan apa yang pernah kita cakap/sampaikan? Kadangkala, perkara kecil sahaja ...tetapi kita diuji atas situasi itu. Apa lah yang aku merepek ni?

Mengimbau kenangan lalu, pada waktu itu, saya belum berkahwin lagi. Sahabat baik saya, sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum dia berkahwin, kami kerap berjumpa ... setelah dia berkahwin, kadang - kadang berjumpa, selepas saya kahwin, kami jarang berjumpa. Ahha, perkahwinan tak salah... hehehe ... tiada yang salah pun. Malah, kami sangat gembira melaluinya. Yang tentunya sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing ..dan kami tetap juga berjumpa sebenarnya dengan menggunakan sms. 


Apa yang berlaku, saya masih ingat lagi, kami bersembang tentang simpanan wang. Katanya, antara perbelanjaan tertinggi dalam sebulan ialah makanan. Banyak makan di luar  ...nampak macam kecil je perbelanjaan tu tapi setelah dicampur-campur..wow! banyaknya duit habis kat situ. Jadi, kami berbincang bagaimana nak uruskan hal ini ....maka terhasillah rangka penyelesaian berikut : 

kenal pasti masalah :  belanja makan tinggi

Antara faktor mempengaruhi :
1. Sibuk dengan kerja. Perlu keluar awal, balik lewat
2. Tak larat nak memasak bila balik dah penat
3. Makan dengan kawan-kawan lagi banyak ...sebab bersama mereka di siang hari  (Sarapan, Minum pagi, Makan tengah hari, minum petang) ... 

Cadangan penyelesaian :  

Kawan-kawan tu perlu. Tak boleh tolak selalu ajakan kawan ..malah, kita perlu bersosial ni untuk meengurangkan tekanan kerja, berbincang isu semasa, mendapatkan tips pengurusan keluarga dan kerjaya dan juga pengaruh. Tak salah pun menghabiskan masa dengan kawan-kawan kerja ...lagi -lagi memang kita bekerja bersama dengan mereka ...yang menjadi isunya..setiap kali keluar, makan. Setiap kali makan, keluar. Setelah diteliti faktor-faktor mempengaruhi di atas, kami berbincang sekurang-kurangnya dapat diuruskan satu bahagian sudah lega. Insya Allah yang lain akan berturut mengikutinya. 
1. Bawa bekal sarapan. Bangun awal pagi, masak apa sahaja yang sempat. Telah disediakan bahan-bahan sebelah malamnya agar lebih teratur. Masih keluar dengan kawan-kawan...makan bekal yang dibawa bersama. Jimat duit. Barangan dapur pun berkurang (boleh shopping barang dapur lagi ..nanti tak ada sebab pula nak shopping barang dapur sebab tak surut-surut) 

2. Pilih makanan yang ringan-ringan seperti kuih muih dan tidak terlalu berat. Atau bawa biskut peket dan cicah dengan teh / kopi. Oder minuman pun sudah memadai ... biasanya yang menjadi perkara utama dalam pertemuan bersama kawan-kawan bukanlah nak makan sangat tetapi lebih kepada berbincang. 

Ini cerita saya sebelum saya kahwin dan saya yang mencadangkan membawa bekal ke pejabat. Kata sahabat saya ini, ish, tu pun kalau sempat nak masak. Kadang tu barang dapur tak cukup lah. dan macam-macam lagi lah. Nanti awak kahwin, awak taulah. Saya memujuk dia, kita kena ada usaha..roti bakar pun sudah memadai. Satu langkah mesti dimulakan. Insya Allah langkah -langkah seterusnya akan dimudahkan. Senyum sahabat saya. 

Merujuk kepada "kita diuji dengan apa yang pernah kita cakap/sampaikan" .... ini yang saya nak cerita ni. hehe

Maka, setelah saya berkahwin ... walaupun saya berkerja sendiri, masuk kerja selepas suami pergi kerja, saya melalui apa yang sahabat baik saya lalui. Isu yang dibincangkan diatas..terkena pada saya pula. hmmmmmm ...nak bawak bekal pergi kerja? oh, malasnya. Dan macam-macam lah alasan yang saya berikan pada diri sendiri. Kini, saya diuji dengan nasihat yang diberikan pada sahabat saya. Kecil je kan? yang kecil-kecil ini lah mempengaruhi kitaran hidup yang besar. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang besar? Sungguh kita diuji Allah untuk mendekatkan diri kita pada Allah. 

Alhamdulillah, Allah memberikan penyelesaian kepada saya...suami saya tidak gemar makan di luar. Sekali sekala bergantung pada keadaan. Suami saya sangat gemar membawa bekal ke pejabat. Maka, nak tak nak, saya kena masak sarapan. Dan kami tanpa sedar, menetapkan mesti makan 2 kali di rumah ... sarapan dan makan malam. Langkah-langkah dalam menjimatkan perbelanjaan dapur. Malah sihat dan kasih sayang bertambah-tambah sebab ahli keluarga masak untuk ahli keluarga juga. 

Usaha yang mana boleh. Yang penting ada usaha. Insya Allah, ada jalannya. Jadi, bila kita diuji sesuatu, refresh kembali ingatan kita ... adakah kita pernah ungkapkan sesuatu ? Nanti! jangan bersedih. bila kita diuji begitu, tanda Allah sayangkan kita. Istighfar. Mohon keampunan daripada Allah swt dan mohon maaf pada yang berkaitan. Jadikan hidup kita positif, berfikiran positif dan berkata sesuatu yang positif. Berkata yang positif dengan hati yang ikhlas, Allah uji kita ...dan Allah bantu kita. Sebab itu, mesti positif ya!Ceria selalu!

p.s : Mesti korang nak contoh yang umum kan..takpa, korang kaitkan dengan apa yang korang alami. Semoga membantu.



Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …