Skip to main content

Permainan Masak-masak online

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Hujung minggu lepas, saya ada terbaca tweet dari kak Ina (orang kuat Sri Munawwarah Design), katanya, Always tell my kids...kalau weekend bangun awal2 sebab banyak benda yang menarik nak buat...your hobbies are waiting for you!!!!!!!

Oh, saya sangat setuju dengan Kak Ina. Maka hujung minggu saya yang lalu saya isi dengan bermain permainan video sambil menemankan suami saya berkerja. Hehehe 

Saya bermain permainan video di Ipad saya. Kita kira namanya permainan video lah ye walaupun saya kurang jelas adakah sesuai menggunakan istilah video tersebut untuk permainan di laptop,pc ,smartphone dan tablet pc. Permainan video ini tidak semuanya dikira membuang masa. Ada ketikanya diperlukan untuk melepaskan tekanan. Ada juga yang menjadikannya sebagai mata pencarian. Pernah dengar jawatan penguji permainan video? haa...kerjanya menguji sesebuah permainan video yang baru sebelum dipasarkan. Namun, kebanyakkan kita terlalu obses bermain dengan permainan video sehingga membawa kepada kelalaian. 

Bagi saya, permainan video merupakan salah satu cara untuk mempromosi produk syarikat. Kebanyakkan permainan video sekarang secara tidak langsung mempromosi produk syarikat atau negara. Juga mempromosi budaya sesebuah negara secara tidak langsung. Contohnya,permainan video masakan/makanan. 

Ada senarai bahan-bahan untuk buat burger dalam permainan ini 
Permainan video kategori masakan/makanan merupakan antaran permainan kegemaran saya. Sangat-sangat suka. Ada antara permainan tersebut meminta kita menyiapkan oder dengan menyusun bahan-bahan seperti yang diminta. Mak saya sangat gemar bermain permainan Burger. Malah, katanya, memberikan idea baru untuk membuat pelbagai jenis burger. Tetapi, permainan yang mencabar baru memberi kepuasan dan keseronokkan mencambah idea.  


Saya gemar bermain permainan Restaurant Story. Apa yang saya dapati, koleksi masakan yang terdapat di dalam permainan ini datang dari negara Eropah. Malah, bila dicari maklumat tentang masakan tersebut, ianya wujud! Tak tipu. Antara masakan yang terlibat seperti Gnocchi, Burritos, Grilled Musubi dan lain-lain lagi. Biasanya menggunakan daging khinzir dalam masakan mereka. Namun, kita boleh ubahsuai. Bermain permainan video lama-lama terpengaruh juga dengan apa yang ditayangkan oleh mereka. 

Restaurant Story 


Melihat keadaan ini, saya membayangkan indah dan seronoknya jika ada permainan video yang memperkenalkan masakan Malaysia. Negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya malah mempunyai pelbagai jenis makanan dan masakan...dijadikan sebagai bahan dalam pembangunan permainan video secara tidak langsung mempromosikan Malaysia. 


Bayangkan, permainan kuih muih, permainan masakan panas dan lain-lain lagi. Ada berapa banyak jenis kuih yang terdapat di Malaysia ini? ..Melayu terkenal dengan kuih talam, Cina terkenal dengan kuih goreng-goreng ,India terkenal dengan manisan.. belum kira lagi Iban, Kadazan, dan lain-lain. Pada masa sama, kita juga mempelajari masakan tersebut. wow, seronoknya! Bagi mereka yang suka memasak dan suka makan...pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bermain permainan video seperti ini.

Bagi mereka yang tahu bagaimana membuat permainan video atau mempunyai rakan-rakan yang terlibat dalam bidang ini atau yang terlibat dalam industri pelancongan ... cadangkan pada mereka ya usul saya ini. Mengekalkan warisan melalui teknologi. 


p.s: Zaisara ada permainan video yang mengenai biskut zaisara. Buat masa ini, masih lagi dalam proses penambahbaik. =D

Comments

Anonymous said…
salam kak sarah, ada satu games yang ada memperkenalkan makanan seluruh dunia termasuk malaysia, game yang saya maksudkan cooking academy, saya dah semua versinya, ada 3 versi, mungkin kak sarah boleh cuba

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …