Monday, October 29, 2012

Sketch Cook Book

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Biasa tak kalian mendengar atau menggunakan buku sketch/ sketch book? . Sketch book ini merupakan sebuah buku yang terdiri daripada helaian kosong. Biasanya digunakan oleh para artis untuk melukis atau melakar idea mereka. 

Baru -baru ini, pada 14 Oktober 2012, saya mendapat ilham yang saya rasakan cukup menarik setelah saya menghadiri program TAMRIN STS, Kuasai pasaran dan kemunculan di media. Tuan Zamri Mohamad, salah seorang penyampai berkongsi idea, mencadangkan kepada para trainer, antara cara menguasai pasaran adalah dengan menulis buku. Buku yang ditulis mestilah sesuatu yang menarik, padat dan berbaloi oleh pembaca untuk mendapatkannya. Hmm, nak menulis buku ni bukanlah mudah...saya pernah bercita-cita untuk menerbitkan buku resepi ... tetapi..itulah..panas-panas bunga tahi ayam sahaja. hohohoho


Namun, ada sesuatu yang dikongsikan oleh Tuan Zamri mendapat perhatian saya. Beliau berkongsi tentang pengalaman guru-guru taska/tadika berdepan dengan anak-anak ...bagaimana mereka menguruskan imaginasi dan kreativiti anak-anak. Biasanya, apabila kita meminta anak-anak menulis karangan, mereka sebenarnya mempunyai pelbagai jalan cerita yang menarik untuk dikongsikan...tetapi hasil karangan mereka kurang menterjemahkan imaginasi mereka kerana beberapa halangan. Antaranya, 

1. Mereka perlu menulis cantik ...kalau tidak nanti kena marah 
2. Garisan dalam buku tulis mereka mengganggu fokus mereka untuk bebas meluah idea mereka
3. Terhasillah karangan mereka yang biasa-biasa setelah melalui dua yang di atas.

Apabila saya mendengar perkongsian ini, bagi saya ..bukan setakat anak-anak, saya juga mengalami keadaan seperti anak-anak itu..tersekat kebebasan idea menulis (alasan..wahaha) ...patutlah saya gemar menyalin atau mencoret resepi dalam kertas kosong (baru perasan) 

Maka, terima kasih Allah atas ilham yang diberikan dan juga keizinan mendengar perkongsian oleh Tuan Zamri ... saya berusaha menyiapkan buku saya. Buku pertama masakan saya. 

Taraa!

My Cook Book


My Cook Book ini berkonsepkan Sketch Book. Maka, boleh juga digelar sketch cook book. Di dalamnya , saya kongsikan 5 buah  resepi yang saya peroleh dari pengalaman saya ... dan ada 25 helai halaman kosong. Ya, halaman kosong. Bagi saya, buku ini sangat sesuai sebagai hadiah peribadi juga dijadikan buku kelas masakan. Saya kerap menghadiri kelas masakan.. dan buku seperti ini memudahkan saya untuk menulis, mencoret dan melukis resepi yang dipelajari dan diubahsuai. Tak ubah seperti diari kan. Malah ..boleh jadi buku resepi rahsia. 

Buat masa ini, belum dibuka untuk jualan. Insya Allah dalam masa terdekat, saya akan buka untuk jualan. Nantikan ya! 


No comments: