Sunday, November 25, 2012

Kuasa Perkataan

Assalamualaikum,

Kuasa perkataan? Jujur, saya tak tipu! Sangat terkesan. Perkataan yang baik dan kurang baik sangat berpengaruh dan mempengaruhi. Dalam bentuk penulisan, ia memberi kesan mendalam bagi sesetengah keadaan dan individu dalam isu tertentu. Apatah lagi bila dituturkan perkataan-perkataan tersebut, dalam keadaan beremosi, susun atur yang jelas , penggunaan kosa kata yang sesuai dan tidak sesuai, semuanya mempengaruhi mood seorang insan dalam meneruskan kehidupan sehariannya.


Yang tidak dituturkan dan hanya ditulis pun boleh bawa bergaduh...apatah lagi yang dituturkan. Tanpa kita sedar, perkataan memberi impak sensitif ...bagi kita semua. Bagi saya, bahasa mencerminkan bangsa, berbahasa mencerminkan orangnya. Bercerita mengenai kuasa perkataan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, mengupas mengenainya berdasarkan sejarah dalam artikelnya bertajuk Ibrah Kisah Musa Dan Khidir : belajar Bahasa dan Berbahasa.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya mengikuti sesi coaching Fonetik oleh Puan Muna 'Izzah Fadzil, seorang perunding imej.Seronok sangat mengikuti kelas ini. Sesuatu yang saya belajar mengenai fonetiks, fonetiks yang tepat memberi kesan romatik, marah , berpengaruh , manja dan lain-lain tanpa melibatkan emosi yang berlebihan bagi menggambarkan keinginan atau menyampaikan kehendak kita. Malah, kata puan guru saya ini, Imej pertuturan adalah sesuatu yang diambilkira oleh orang lain. Imej pertuturan adalah sebutan yang baik dan cara kita menyampaikan kata. Malahan, katanya lagi, menggunakan fonetiks dalam pertuturan ...kita dilihat seperti bangsawan. (bukankah itu berpengaruh namanya.. menarik kan!). 


Saya yakin, pasti ramai nak belajar mengenai pertuturan dan imej pertuturan. Apa kata, kita ramai-ramai sertai Get Ready To Nikah minggu hadapan, pada 1 Disember 2012 ... menuntut ilmu bersama Tuan Amin Idris dan Puan Muna 'Izzah Fadzil. Yuran RM 30 sahaja. Yang dah nikah pun boleh pergi. (tidak terlewat bagi kita untuk yang sudah bernikah. =D  ) ..yang belum, lagi-lagi lah kita pakat pergi ramai-ramai. Untuk pendaftaran , daftar di sini http://tinyurl.com/getreadytonikah . 




Tolong bagitahu kawan-kawan ya. =D


p.s : Perkahwinan adalah komunikasi. Komunikasi yang melibatkan ramai pihak. Belajar berkomunikasi membantu kita mengindahkan dunia perkahwinan

No comments: