Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Mengejar keindahan di Syurga bersama Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Hari ini  11 Rabiulawal 1434H...esok 12 Rabiulawal 1434H. Sejarah mencoretkan, insan yang paling disayangi dan dicintai di seluruh alam lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Makanya, esok merupakan hari ulangtahun kelahirannya. Siapakah dia? dialah insa yang teragung ... Nabi Muhammad s.a.w 
Saya masih ingat lagi, Forum Bicara Cinta Anak Muda anjuran JAIS dan Karangkraf di Masjid At-Taqwa , Subang Permai  yang lalu, bergandingan bersama Yang Berbahagia Dr Robiah K.Hamzah, Ust Syed Norhisyam dan  Pierre Andre membincangkan mengenai  Rasullulah, I Love You. Begitu banyak mutiara-mutiara ilmu yang dikutip dari semua panel , sungguh, saya berasa kerdil sekali berada bersama-sama mereka.

Ais Batu Moden

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebenarnya tak tahu nama sebenar benda alah ni, suka hati je bagi nama dia kan.

Apakah benda alah ini ? ... Benda alah ini ialah Ais Batu Moden.

Mana gambarnya? Nak tengok ghupe dia.....Gambarnya belum diambil lagi kerana belum dibuat lagi.

Mana tau nak buat benda alah ni? .... tengok dalam rancangan jelajah makanan.

hmmm..nak tanya apa lagi ye...ahha! Sedap ke?


Sedap lah sebab....

Dalam sebuah mangkuk, ada buah laici dan jagung manis. Lagi banyak, lagi sedap. 

Rasanya sejuk dan nyaman sekali. sebab....

letak ais batu yang telah dikisar  dalam mangkuk tersebut selepas taruk laici dan jagung manis tadi.

dan lemak -lemak manis lekat-lekat gitu. sebab....

lepas bubuh ais batu yang telah dikisar, taburkan milo/vico diatasnya. ya! Tabur ikut sesedap rasa.


Slurppp!

Rezeki orang yang berbuat baik

Assalamualaikum dan  Salam sejahtera, 
Saya mendoakan semoga sahabat-sahabat yang budiman dalam keadaan yang sihat sejahtera. 
Tahun 2013 ... bagi saya, kita semakin menghampiri hari Kiamat. Ya, semakin bertambah hari, semakin bertambah umur kita ...dan semakin dekat dengan kematian. Bila mana semakin dekat dengan kematian maka semakin dekat dengan timbang amal kita untuk kegunaan di akhirat kelak. 
Semoga, di hari yang baru, umur yang baru dan suasana yang baru, kita berusaha sebaik mungkin mengumpul bekalan akhirat kita agar kita sama-sama dapat bertemu di syurga dan yang amat kita idam-idamkan ialah berkumpul dengan seluruh ahli keluarga yang kita sayang di dalam syurga bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan seluruhnya.