Skip to main content

Mengejar keindahan di Syurga bersama Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Hari ini  11 Rabiulawal 1434H...esok 12 Rabiulawal 1434H. Sejarah mencoretkan, insan yang paling disayangi dan dicintai di seluruh alam lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Makanya, esok merupakan hari ulangtahun kelahirannya. Siapakah dia? dialah insa yang teragung ... Nabi Muhammad s.a.w 

Saya masih ingat lagi, Forum Bicara Cinta Anak Muda anjuran JAIS dan Karangkraf di Masjid At-Taqwa , Subang Permai  yang lalu, bergandingan bersama Yang Berbahagia Dr Robiah K.Hamzah, Ust Syed Norhisyam dan  Pierre Andre membincangkan mengenai  Rasullulah, I Love You. Begitu banyak mutiara-mutiara ilmu yang dikutip dari semua panel , sungguh, saya berasa kerdil sekali berada bersama-sama mereka.

Di dalam perbincangan tersebut, saya mengajak hadirin yang hadir bersama-sama membayangkan keindahan berada di syurga nanti  bersama suami, isteri, anak-anak, ibu dan ayah, ibu dan ayah mertua, pakcik dan makcik, anak-anak saudara yang disayangi, cucu -cucu yang dikasihi, atok dan nenek, sahabat-sahabat seia sekata dan seluruh ahli keluarga dan kenalan yang dikenali ...dan lebih indah lagi ..apabila dapat bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. 

saya sendiri rasa tersentuh membayangkan keindahan itu ...dan adakah kita dapat merialisasikan bayangan tersebut?

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Ayuh! berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w ,  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم , agar dapat kita bersama-sama dengan Baginda s.a.w di akhirat kelak. Merealisasikan bayangan keindahan kita untuk berada bersama dengan Baginda s.a.w di syurga abadi.

Sesungguhnya, setiap selawat itu dapat menghapuskan sepuluh keburukkan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat (kemuliaan).


عَنْ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِهِ الْبِشْرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصْبَحْتَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِكَ الْبِشْرُ قَالَ أَجَلْ أَتَانِي آتٍ مِنْ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلَاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَ لَهُ عَشْرَ دَرَجَاتٍ وَرَدَّ عَلَيْهِ مِثْلَهَا

Terjemahan: Daripada Abi Thalhah al-Anshari (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata:
Pada suatu hari, Rasulullah berada dalam keadaan yang sangat baik, jelas terpapar pada wajahnya kegembiraan, maka (para sahabat) bertanya:

“Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat dilihat kegembiraan pada wajahmu?” Baginda berkata: “Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, Ia berkata: “Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.”

(Hadis Riwayat Ahmad. Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Isnadnya dhoif. Dinyatakan sebagai Hasan lighairihi oleh Syaikh al-Albani, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib)
Membuat kebaikkan tidak perlu tunggu waktunya, berselawat lah tanpa mengira masa dan usia dan selawat itu mencatat amalan kebaikkan buat kita Daripada Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
من صلى علي مرة واحدة كتب الله له بها عشر حسنات
Terjemahan: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan.
(Hadis Riwayat Ahmad.Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Hadis ini sahih, sanadnya hasan)
 Perkara yang membawa kita kepada kebahagiaan perlu diusahakan setiap waktu dan ketika. 
Sollu 'alannabiy!






Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …