Skip to main content

Rezeki orang yang berbuat baik

Assalamualaikum dan  Salam sejahtera, 

Saya mendoakan semoga sahabat-sahabat yang budiman dalam keadaan yang sihat sejahtera. 

Tahun 2013 ... bagi saya, kita semakin menghampiri hari Kiamat. Ya, semakin bertambah hari, semakin bertambah umur kita ...dan semakin dekat dengan kematian. Bila mana semakin dekat dengan kematian maka semakin dekat dengan timbang amal kita untuk kegunaan di akhirat kelak. 

Semoga, di hari yang baru, umur yang baru dan suasana yang baru, kita berusaha sebaik mungkin mengumpul bekalan akhirat kita agar kita sama-sama dapat bertemu di syurga dan yang amat kita idam-idamkan ialah berkumpul dengan seluruh ahli keluarga yang kita sayang di dalam syurga bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan seluruhnya. 

Di permulaan tahun ini, saya kongsikan sebuah nasihat dari seorang sahabat saya, Wan Suhaili (saya mengenalinya sewaktu menyertai program realiti Solehah Tv Al-Hijrah). Elly (nama ringkasnya) sering memberikan mutiara hikmah buat kami semua. Yang tentunya, kami bersama-sama memotivasikan antara satu sama lain lebih -lebih lagi kita saling berpaut antara satu sama lain untuk mencapai kekuatan. 

credit pic : amruta marwah 
Setiap kali ada antara kami (peserta Solehah) meluahkan rasa keletihan, ketidakmampuan dalam mencapai sesuatu, Elly selalu ingatkan, banyakkan berdoa dan yakin. Yang paling saya terkesan, dia sering menyebut, Allah selalu bantu orang yang sering buat baik pada orang lain. Pernah sekali, rezeki tak disangka -sangka diperoleh oleh salah seorang daripada kami, Alhamdulillah dan tahniah buat orang itu, dan Elly berkata, inilah rezeki orang yang berbuat bakti kepada ibu bapa. 

Pernah juga, Elly menyebut pada saya, kak Sarah, orang yang banyak buat baik kepada orang lain, rezekinya Allah sahaja yang tahu dan yakinlah, rezeki orang yang berbuat baik ini sangat luas. 

Saya pegang pada kata Elly dan sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda antaranya yang bermaksud, "Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya "(Riwayat Muslim dan Al-Tirmizi). Ditambah pula kewajipan kita berbakti kepada ibu bapa kita yang akan memberikan kebaikan kepada dunia akhirat kita. 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman, 14)


Didik diri kita, sentiasa berbuat baik, berkata baik dan bersangka baik dalam mengharapkan rezeki yang terbaik!

Buat baik berpada - pada, Buat jahat jangan sekali 
   

Comments

sarah, orang baik macam sarah juga akan dapat yg terbaik..:) sarah pun apa kurangnya, membantu sangattt emak dan ayah sarah kan? :) semoga yg terbaik juga untuk kita semua...:)
Sarah Azizul said…
Ros pun sama! orang byang sangat baik dan sentiasa membantu. Insya Allah yang terbaik untuk ros!

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…