Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Pengaruh Makanan dalam drama : TteokBokki

Assalamualaikum & Salam sejahtera,


Antara drama korea dan drama melayu, saya lebih gemar menonton drama korea. Hmmm, drama melayu menjadikan saya lebih beremosi tak berasas. Antara drama melayu dan drama cina, saya lebih suka menonton drama cina terutama drama sejarah dan kisah orang lama. Keunikkan sejarah, kesantunan pekerti dan kehalusan bicara masih lagi kukuh dan terserlah. 

Namun, suami saya berpesan, kurangkan memasukkan emosi ketika menonton drama-drama tu. Selalu sangat feeling lebih-lebih. ngeeee. Jadi, suami saya kerap membuka siaran dokumentari pelancongan, masakan , sejarah dan haiwan. 
Bagi saya, apa yang lebih memberi kesan ketika saya menonton sesebuah drama atau filem ialah kepercayaan pada Tuhan, kesantunan bahasa dan komunikasi dan kebudayaan makanan. Melihat suasana pengaruh kpop masa kini, permintaan makanan Korea semakin meningkat. Dari mana datangnya pengaruh makanan Korea ini? kita mungkin lihat kehadiran makanan dalam sesebuah drama adalah satu perkara yan…