Tuesday, February 5, 2013

Pengaruh Makanan dalam drama : TteokBokki

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Tteokbokki. credit pic : aeriskitchen 

Antara drama korea dan drama melayu, saya lebih gemar menonton drama korea. Hmmm, drama melayu menjadikan saya lebih beremosi tak berasas. Antara drama melayu dan drama cina, saya lebih suka menonton drama cina terutama drama sejarah dan kisah orang lama. Keunikkan sejarah, kesantunan pekerti dan kehalusan bicara masih lagi kukuh dan terserlah. 


Namun, suami saya berpesan, kurangkan memasukkan emosi ketika menonton drama-drama tu. Selalu sangat feeling lebih-lebih. ngeeee. Jadi, suami saya kerap membuka siaran dokumentari pelancongan, masakan , sejarah dan haiwan. 

Bagi saya, apa yang lebih memberi kesan ketika saya menonton sesebuah drama atau filem ialah kepercayaan pada Tuhan, kesantunan bahasa dan komunikasi dan kebudayaan makanan. Melihat suasana pengaruh kpop masa kini, permintaan makanan Korea semakin meningkat. Dari mana datangnya pengaruh makanan Korea ini? kita mungkin lihat kehadiran makanan dalam sesebuah drama adalah satu perkara yang kecil, tetapi apabila ia berulang berpuluh-puluh kali, disebut dan dinikmati berkali-kalai dalam beberapa episod, secara tidak langsung memberikan pengaruh yang cukup besar kepada para penontonnya terhadap kebudayaan makanan mereka. 

Hmm, drama malaysia kurang menyelitkan sisipan mengenai masakan Malaysia ... banyaknya sisipan gaduh sana gaduh sini, cinta sana cinta sini, rempit sana rempit sini, couple sana couple sini ... dan kalian lebih mengetahui. Ahha, jangan lupa, ibu mertua versus menantu, girlfriend lama versus girlfriend baru dan lain-lain. 

Sesungguhnya, saya cukup terpengaruh dengan kebudayaan makanan yang disisipkan di dalam drama Korea. Hmm, mungkin juga, kita kekurangan bloggers masakan/makanan Malaysia versi Bahasa Inggeris ( termasuk saya) kerana, seperti saya, selepas menonton beberapa drama korea, saya perasan ada beberapa makanan yang kerap mereka jadikan sebahagian jalan cerita. Selepas mengenal pasti nama masakan, saya pun mencarinya di laman sesewang dan Alhamdulillah, ramai bloggers mereka menulis resepi tersebut di dalam Bahasa Inggeris. ok, akui kesilapan diri, saya tidak berkongsi resepi dalam bahasa Inggeris, lepas tu nak komen-komen pula. ( misi selepas ini : Kemaskini resepi malaysia dalam Bahasa Inggeris)

Untuk kali ini, satu masakan Korea yang membuatkan saya kecur liur ..tapi belum lagi  pernah menikmatinya. Pandai betul para pelakon itu juga pengarahnya dan penulis skripnya serta editor menunjukkan masakan itu sangat sedap. Masakan ini bernama TteokBokki. Juga dikenali Fish Cake and Sticky Rice Cakes. Saya perasan, biasanya mereka panggil fish cake sahaja. 

Untuk resepinya, saya rujuk kepada link ini :    Spicy Tteokbokki . Selain Fish cake, rice cake juga antara bahan utama dalam masakan ini. Untuk Rice cake, saya rujuk kepada link ini,  Sticky Rice Cake .

Betapa hebatnya pengaruh sisipan kecil di dalam sesuatu drama, kadangkala, yang kecil-kecil itulah memberi  ingatan kuat kepada kita. Jom buat TteokBokki!

p.s : di Malaysia, seperti Yong Tau Fu ..bezanya Yong Tau Fu dicelur

No comments: