Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Travelog Kehidupan Abadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya pernah berkongsi rasa hati saya terhadap Travelog Cinta Abadi . Sesungguhnya, cinta pandang pertama berterusan hingga lah bertemu Travelog Impian Abadi. Dan terus menerus mengalirkan rasa cinta kepada Ilahi apabila bertemu Travelog Kehidupan Abadi.

Setiap kali membaca buku-buku ini, ada sahaja cerita-cerita lucu, menarik dan bermotivasi yang dikongsikan oleh Puan Roza. Pendekatannya seolah-olah Puan Roza sedang bersembang dengan saya... walaupun tidak berjumpa secara berdepan...buku travelog beliau medium kami. Saya yakin, sesiapa sahaja yang membaca tulisan Puan Roza ini pasti merasai perkara yang sama..Kak Roza sedang bersembang dan bercerita pengalamannya kepada kita secara eksklusif..berdua sahaja!

Saya baru sahaja selesai membaca Travelog Kehidupan Abadi...menangis. Perasaan saya ..sayu. Meyakini kehebatan dan kekuasaan Allah swt ..itu yang Puan Roza terapkan secara tidak langsung di dalam travelognya kali ini. Dan saya ter…

Milky Berrys Cheese Cake

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ada orang telefon, tempah kek untuk majlis pertunangan adiknya. Ditanya mahu kek apa, jawabnya, apa-apa sahaja. Asalkan siap berkotak sekali. Maka, seminggu saya berfikir hendak buat kek apa. Selepas berfikir punya berfikir dan bertanya orang untuk mendapat idea, tercetuslah idea membuat kek baru. Sebenarnya, bukanlah kek baru. Berdasarkan pembacaan dan sebaran maklumat, ada satu ketika, kek tersebut mendapat rating yang tinggi. Bagi saya ia adalah kek baru, kerana sewaktu kek itu rating tinggi, saya tidak tahu. Sekarang, seperti orang tidak menyatakan ratingnya ke berapa (yang tentu bukanlah tinggi seperti dulu) ,baru saya tahu mengenai kek tersebut.
Selepas bersembang dengan cik abang, dia menyarankan agar saya membuatnya terlebih dahulu. Ujian katanya. Kalau sedap, kita teruskan. Kalau kurang, kita tukar kek lain. Tanya saya, kalaulah kurang berkenan, kek apa yang mahu dicadangkan. Jawab dia, kek apa lagi, kek coklat!
Tersengih dibuatnya. Sat…

Hidup Ini Umpama Perniagaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Setiap hari, kita berdepan dengan bermacam ragam orang dan rentak kehidupan. Kadangkala ragam itu datang dari orang keliling kita dan ada waktunya ragam itu datang dari kita. Kebiasaannya, kita memindahkan kesilapan kita yang tidak mahu diakui kepada orang lain agar kita merasa tidak terbeban. Inilah kehidupan. Hidup ini ada turun naiknya. Ada ketikanya kita berada dalam keadaan bahagia dan ada ketikanyan kita berada dalam kesusahan. Ada kalanya kita berada dalam kesenangan dan adakala, kita berada dalam kepayahan. Bila dilihat corak kehidupan ini, seolah-olah kita sedang mengemudi sebuah perniagaan. Perniagaan ini ada ketikanya untung...malah satu ketika sentiasa untung dan tentunya ada waktu mengalami kerugian. Sehingga mampu menjadi lebih teruk lagi sama ada perniagaan ditutup atau menjadi lebih baik, perniagaan semakin berkembang.

Tom Yam Instant!

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Pagi tadi ke Giant membeli sedikit barang dapur dan keperluan diri antaranya Teh Lipton dan Sos Cili. Sedang memilih barang, En. Suami mencadangkan Tom Yam ayam untuk makan tengah hari nanti. Terus setuju..dalam kepala membayangkan pes tom yam di almari dapur, bunga kobis dan lobak merah di dalam peti ais, ayam yang perlu dinyahbekukan dan sayur apa pula nak dimasak. Setelah selesai membeli belah termasuk sayur kangkung untuk digandingkan dengan Tom Yam ayam nanti, kami ke Pasar Borong Segar di Balakong untuk aktiviti membeli belah seterusnya.
Menyambung aktiviti membeli belah, air mineral dua karton dan daun limau purut. Terus pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya terus ke dapur menyediakan makanan tengah hari. Sekali buka almari dapur, 
Alaaaaaaaaa, Pes Tom Yam dah habis! 
Dalam hati, menyesal sungguh rasa tak membeli pes tom yam tadi. Dua kedai pulak tu singgah. Terdetik juga nak kena beli pes tom yam lagi...nak buat macam mana. 
Nak bagi …