Skip to main content

Hidup Ini Umpama Perniagaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setiap hari, kita berdepan dengan bermacam ragam orang dan rentak kehidupan. Kadangkala ragam itu datang dari orang keliling kita dan ada waktunya ragam itu datang dari kita. Kebiasaannya, kita memindahkan kesilapan kita yang tidak mahu diakui kepada orang lain agar kita merasa tidak terbeban. Inilah kehidupan. Hidup ini ada turun naiknya. Ada ketikanya kita berada dalam keadaan bahagia dan ada ketikanyan kita berada dalam kesusahan. Ada kalanya kita berada dalam kesenangan dan adakala, kita berada dalam kepayahan. Bila dilihat corak kehidupan ini, seolah-olah kita sedang mengemudi sebuah perniagaan. Perniagaan ini ada ketikanya untung...malah satu ketika sentiasa untung dan tentunya ada waktu mengalami kerugian. Sehingga mampu menjadi lebih teruk lagi sama ada perniagaan ditutup atau menjadi lebih baik, perniagaan semakin berkembang.


Setiap perniagaan bermatlamatkan keuntungan. Bagi usahawan muslim, matlamat keuntungannya adalah dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w dijadikan teladan dan ikutan dalam merealisasikan matlamat. Beberapa prinsip akhlak ditetapkan dalam mengatur perniagaan. Antaranya, haruslah menepati waktu dan patuh pada janji bagi mendapatkan kepercayaan klien. Berkemahiran dalam bidang komunikasi dalam mengukuhkan hubungan dengan klien dan mengelakkan salah faham. Memahami kehendak klien. Mempunyai kemahiran interpersonal dan arif dengan infrastruktur dan kitaran musim. Kesemua ini merupakan antara perkara yang sangat membantu dalam memuaskan hati klien. Pada masa sama, meningkatkan keuntungan perniagaan. Apabila perniagaan semakin kukuh dan berkembang, kita semakin dikenali ..dan diwaktu itu kita mula diuji. Sebelum berjaya, kita diuji..apabila berjaya, kita masih diuji. Tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya agar sentiasa mengingati Nya. Kerna itu, yang utama bagi setiap usahwan Muslim, wajib berpegang bahawa setiap yang dilakukan dan yang berlaku adalah dengan izin Allah.

Mereka..Usahawan Kehidupan
Begitu juga kehidupan...Allah swt telah menetapkan syariat kehidupan yang harus kita ikut. Malah, Allah swt mudahkan kita dengan memberi petunjuk melalui Al-Quran dan Hadith. Segala prinsip sebagai usahawan juga kita laksanakan dalam menguruskan kehidupan kita, Kita inginkan kehidupan yang penuh dengan keuntungan, kita jayakan sebaiknya sebagaimana seorang usahawan inginkan perniagaannya mendapat keuntungan yang besar. Caranya, solat pada waktunya, menunaikan amanah yang diberikan kepada kita sama ada melalui ibu bapa atau majikan kita. Menjaga hubungan dengan saudara mara dan kenalan dengan menggunakan komunikasi kita yang terbaik. Memahami keperluan orang sekeliling kita dan membantu mereka. Serta mempunyai peribadi yang unggul agar orang selesa bersama dengan kita dan secara tidak langsung kita juga selesa bersama dengan mereka. Dan memahami adat budaya resam sesebuah bangsa kerana umat Islam terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan.

Sesungguhnya, keuntungan yang kita harapkan daripada kehidupan ini ialah keredhaan, kebahagiaan dan keberkatan. Jadilah kita usahawan kehidupan yang memberi manfaat kepada orang lain kerana itulah antara amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.(Riwayat Al-Baihaqi)

p.s : Hidup ini berisiko. Perniagaan juga berisiko. Kita perlu belajar pengurusan risiko kehidupan...


Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …