Sunday, March 17, 2013

Milky Berrys Cheese Cake

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ada orang telefon, tempah kek untuk majlis pertunangan adiknya. Ditanya mahu kek apa, jawabnya, apa-apa sahaja. Asalkan siap berkotak sekali. Maka, seminggu saya berfikir hendak buat kek apa.
Selepas berfikir punya berfikir dan bertanya orang untuk mendapat idea, tercetuslah idea membuat kek baru. Sebenarnya, bukanlah kek baru. Berdasarkan pembacaan dan sebaran maklumat, ada satu ketika, kek tersebut mendapat rating yang tinggi. Bagi saya ia adalah kek baru, kerana sewaktu kek itu rating tinggi, saya tidak tahu. Sekarang, seperti orang tidak menyatakan ratingnya ke berapa (yang tentu bukanlah tinggi seperti dulu) ,baru saya tahu mengenai kek tersebut.

Selepas bersembang dengan cik abang, dia menyarankan agar saya membuatnya terlebih dahulu. Ujian katanya. Kalau sedap, kita teruskan. Kalau kurang, kita tukar kek lain. Tanya saya, kalaulah kurang berkenan, kek apa yang mahu dicadangkan. Jawab dia, kek apa lagi, kek coklat!

Tersengih dibuatnya. Satu hari, saya ambil masa untuk membuatnya. Namun kerana beberapa bahan yang diperlukan tidak ada, maka saya ubah suai resepi tersebut dan terhasillah Milky Berrys Cheese Cake. Memandangkan ia adalah ujian, maka, kek tersebut saya buat dalam bekas yang comel-comel.


"Buat kak Imah, inilah kek yang saya buat untuk orang makan, saya tak makan kononnya. Hihihihi.akhirnya, saya juga yang makan dengan gembira."

Kek ini cukup mudah. Bagi yang kurang mahir untuk membuat sponge cake atau tidak sempat, beli sahaja sponge cake di kedai. hehehe. Yang pasti, sponge cake buatan sendiri lebih sedap,lembut dan meyakinkan.

Milky Berrys Cheese Cake.

Bahan -bahan :

Sponge cake 9"
500 g Cream cheese
1 tin Susu Pekat manis
cranberry kering
Mulberry kering
(Untuk berry ini, boleh gunakan apa sahaja yang diminati)

Cara-caranya :

Putarkan Cream Cheese dengan susu pekat manis sehingga krim menjadi sebati. Sapukan krim pada keseluruhan sponge cake juga pada lapisan kek.  Kemudian taburkan cranberry dan mulberry di atas kek.

Selamat menikmati Milky Berrys Cheese Cake.

No comments: