Skip to main content

Tom Yam Instant!

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Pagi tadi ke Giant membeli sedikit barang dapur dan keperluan diri antaranya Teh Lipton dan Sos Cili. Sedang memilih barang, En. Suami mencadangkan Tom Yam ayam untuk makan tengah hari nanti. Terus setuju..dalam kepala membayangkan pes tom yam di almari dapur, bunga kobis dan lobak merah di dalam peti ais, ayam yang perlu dinyahbekukan dan sayur apa pula nak dimasak. Setelah selesai membeli belah termasuk sayur kangkung untuk digandingkan dengan Tom Yam ayam nanti, kami ke Pasar Borong Segar di Balakong untuk aktiviti membeli belah seterusnya.

Menyambung aktiviti membeli belah, air mineral dua karton dan daun limau purut. Terus pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya terus ke dapur menyediakan makanan tengah hari. Sekali buka almari dapur, 

Alaaaaaaaaa, Pes Tom Yam dah habis! 

Dalam hati, menyesal sungguh rasa tak membeli pes tom yam tadi. Dua kedai pulak tu singgah. Terdetik juga nak kena beli pes tom yam lagi...nak buat macam mana. 

Nak bagi tahu kat En.Suami bahawasanya pes tom yam telah habis supaya boleh tukar menu lain...tiba-tiba teringat, mak pernah ajar buat pes tom yam sendiri. Mula-mula, cari di internet dulu...ada tu memang ada, tapi yang mak ajar tu tak payah masak. Yang ada tu lebih kurang sama dengan pes tom yam jual di kedai. Teringat buku lama bertajuk ..Resepi Rahsia Mak. Selak  punya selak, sudah jumpa!

Tajuknya :  Tom Yam Instant
Resepinya adalah seperti berikut 

7 biji tomato
20 g udang kering
6 ulas bawang putih yang telah digoreng

Kisarkan semua bahan di atas dan terus masukkan ke dalam periuk yang hendak dimasak Tom Yam tadi. Ahha, jangan lupa bahan-bahan utama Tom Yam iaitu daun Limau purut dan serai. 


Maka, hasrat En Suami untuk menikmati TomYam Ayam di tengah hari tercapai.  Alhamdulillah. 

p.s : Cuma, terlupa ayam yang dimasak ayam kampung. Kena rebus lama sikit ..kalau tak, liat. Maka nya, en Suami menikmati Kuah Tom Yam ayam dulu untuk tengah hari. Nanti petang, baru makan Tom Yam Ayam. huhuhu.

Comments

Anonymous said…
Rumah aku ada pes tomyam nya-cik anon jiran kau
haha...ros baru makan tomyam semalam tauuuu! ;)

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …