Skip to main content

Travelog Kehidupan Abadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya pernah berkongsi rasa hati saya terhadap Travelog Cinta Abadi . Sesungguhnya, cinta pandang pertama berterusan hingga lah bertemu Travelog Impian Abadi. Dan terus menerus mengalirkan rasa cinta kepada Ilahi apabila bertemu Travelog Kehidupan Abadi.

Setiap kali membaca buku-buku ini, ada sahaja cerita-cerita lucu, menarik dan bermotivasi yang dikongsikan oleh Puan Roza. Pendekatannya seolah-olah Puan Roza sedang bersembang dengan saya... walaupun tidak berjumpa secara berdepan...buku travelog beliau medium kami. Saya yakin, sesiapa sahaja yang membaca tulisan Puan Roza ini pasti merasai perkara yang sama..Kak Roza sedang bersembang dan bercerita pengalamannya kepada kita secara eksklusif..berdua sahaja!

Saya baru sahaja selesai membaca Travelog Kehidupan Abadi...menangis. Perasaan saya ..sayu. Meyakini kehebatan dan kekuasaan Allah swt ..itu yang Puan Roza terapkan secara tidak langsung di dalam travelognya kali ini. Dan saya terus menangis lagi...menangis di dalam hati..mohon bantuan dari Allah untuk meneruskan kehidupan ini.

Pengalaman yang dikongsikan di dalam setiap travelog ini...sentiasa menginsafkan dan memotivasikan diri. Sungguh, ia adalah antara perkongsian yang cukup bermakna. Terima kasih Ya Allah, menganugerahkan insan gigih ini berkongsi rasa nya bersama kami.

Buat Puan Roza... saya mendoakan agar Puan berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang, dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat. Saya berharap, suatu hari nanti kita dapat bertemu semula...untuk berkongsi cerita dan mengutip mutiara pengalaman bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …