Skip to main content

Trip cuti-cuti ke Korea Selatan

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Alhamdulillah, 25 hingga 28 Mac 2013 yang lalu, saya, suami dan beberapa orang ahli keluarga saya serta jiran telah berjaya menjejakkan kaki di Korea Selatan. Terlalu lama berangan-angan hendak ke Korea lebih-lebih lagi hampir setiap hari menonton drama Korea. Hahahaha. Sesungguhnya, memang pandailah orang yang mengedit drama -drama Korea itu...menampilkan kecantikan Negara Korea dari sudut padang tertentu. 

Percutian kali ini mengambil masa 4 hari 3 malam di musim Sejuk. Sebelum ini, kami pernah ke Jepun (6 Hari ) dan Beijing, China (5 hari)...rasa sangat lama pula bercuti-cuti. Lagi lama bercuti, lagi banyak duit habis. Maka, percutian ke  Korea Selatan kali ini  hanya 4 hari sahaja dan sememangnya jadual yang cukup padat. Banyak juga tempat-tempat pelancongan , saya potong dari senarai lawatan ...malah tempat-tempat yang berbayar telah dikeluarkan siap-siap dari senarai. Hehehe. Sesungguhnya, percutian ke Korea Selatan kali ini ( seperti akan ada kali lain..hehe) merupakan percutian yang menjimatkan dan penuh kepuasan!

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Incheon, kami dijemput oleh pemandu pelancong kami, saudara Luqman menuju ke kota raya. Hampir sejam juga untuk sampai ke bandar utama. Untuk hari pertama,  kami berjalan-jalan sendiri sekitar hotel dan juga berehat. Penerbangan selama 6 jam setengah agak memenatkan. (Tidur, makan, tidur, makan, aaaa gossip, tidur). Untuk hari pertama, melihat suasana Kota raya Seoul  di malam hari  menyenangkan ...sebab SEJUK!

Keesokkan harinya, perjalanan di teruskan ke Pulau Nami...di mana Pulau Nami ini antara tempat tumpuan pelancong bukan sahaja pelancong luar negara malah pelancong tempatan juga. Nyaman dan tenang berada di sini kerana jauh dari hiruk pikuk kota raya. Perjalanan dari Bandar Seoul ke Pulau Nami mengambil masa agak lama. Untuk menikmati keindahan Pulau Nami ciptaan Allah yang Maha Hebat ini, saya syorkan anda peruntukkan masa sehari di sini. Nak cerita panjang pun tak berapa pandai sangat nak mengolah ayat..hahahaha, maka, jemput tonton video dokumentari ringkas disediakan oleh suami dan saya. Selamat menonton  (^_^)




Pulau Nami 

Memandangkan  vlog ini sangat mengasyikkan ... maka, jemput tonton vlog seterusnya. Episod - episod perjalanan hari ketiga dan terakhir di Seoul, Korea. 




Alhamdulillah...selamat semuanya tiba di Tanah Air. Satu pengalaman yang cukup bermakna. Kemana pula kita selepas ini?  (^__^) 




Comments

FARID OTHMAN said…
Salam puan,
1.Tumpang tanya Puan bercuti ke korea guna travel agent ape yerk? n brpe kos?
2.Tour guide puan tu org malaysia ke?
Sarah Azizul said…
Wslm,

Kami travel sendiri..tidak menggunakan mana-mana travel agent. dari segi tour guide, kami berhubung dengan cuti-cuti korea (muslim). Tuan boleh rujuk link berikut.
https://www.facebook.com/pages/Cuti-cuti-Korea-Muslim-Style/291394034237071?fref=ts

Kos dalam tiket kami dapat rm700++ (Tambang murah. beli masa SALE) dan kos disana dalam rm800 untuk 4 hari 3 malam.

Baru -baru ini, adik saya pergi ke sana, sendiri. berdua, jadual sendiri , tiada tour guide dan berpandukan peta. kos di sana dalam RM1000 untuk 6 hari 5 malam dalam keadaan ada skip makan juga tidur di airport kerana flight pulang sebelah pagi. (orang bujang + berjimat cermat)
FARID OTHMAN said…
Akak xde kenal student malaysia yg blajar kat korea yg leh jadi tour guide ke?mklumla ni 1st time sy nk g oversea
Zaisara Cookies said…
Cuti cuti muslim korea tu student sana dulu. Boleh tanya pada dia.
FARID OTHMAN said…
Saudra luqman tu ade kat korea lg ke?
Cmne nk cntact dia?
Sarah Azizul said…
Saudara luqman orang malaysia study di korea. Tapi dia baru maklumkan mereka sudah tidak mentediakan servis tour guide di sana. Semuanya sudah tamat belajar dan pulang ke malaysia.

Pilihan lain boleh sertai Jom Bacpackers. Maklumat ada di sini http://abdhalim-ahmad.blogspot.com/2013/04/jom-backpacker-ke-korea-23-27-april-2014.html
Student2 ni biasanya akan stop selepas graduate. Tapi still ada yg menjalankan aktiviti tour :)
Boleh lawati
www.koreamuslimtravel.com

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …