Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Baju Tidur/ Pakaian Malam ... Muslimah?

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Perkembangan pakaian sekarang ini semakin mendapat perhatian terutama di kalangan pembeli, penjual dan pengeluar. Suatu ketika dulu,  pakaian wanita  muslimah amat payah untuk dijumpai. Malah, sesuatu yang lucu apabila permintaan tshirt dan juga blouse labuh ke paras lutut kerna pada waktu itu..labuh tshirt dan blouse hanyalah di paras punggung. Itupun sudah cukup labuh. Bila dilabuhkan lagi, dilihat janggal dari segi trend fesyen malah pernah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di kalangan wanita khususnya, baju labuh menyusahkan pergerakkan. Tetapi, labuh baju kurung tidak dibangkitkan malah baju kurung yang pendek dipanggil baju kurung kedah..dan tidaklah pelik jika baju kurung itu pendek tidak menepati baju kurung kedah atau baju kurung yang biasa. Bagi tshirt/blouse yang labuh, itu dianggap menyusahkan pergerakkan dan ada satu kata-kata orang yang saya masih ingat sampai sekarang ... Tak pernah dibuat orang lah tshirt labuh-labuh…

Ikhtilat di alam maya : Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Akhirnya! saya dapat juga menulis mengenai Ikhtilat di alam maya ini di blog saya yang kehijauan ini. Sudah lama hendak mengemaskini blog pada masa mencari- cari topik yang hendak dikongsikan. Topik ikhtilat di alam maya ini saya kongsikan di dalam bicara siswi sempena Minggu Biah Solehah anjuran PMFPI UKM. 
Namun, perkongsian di blog ini tidaklah terlalu mendalam. Satu perkara yang saya fokuskan iaitu cakap tak serupa bikin. Hal ini kerana di alam maya, ikhtilat itu tidak hanya terbatas pada perhubungan lelaki dan perempuan malah antara kita dengan sahabat, client, ahli keluarga dan orang yang hanya mengenali kita di alam maya. Ikhtilat atau pergaulan/perhubungan di alam maya ini harus dipelihara sebagaimana kita memelihara perhubungan tersebut di luar alam maya. Ikhtilat dijaga sebaiknya kerana membabitkan perasaan, tindakan, pahala dan dosa, silaturrahim malah lebih dari itu.

Muffin Nestum Choc Chip

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Gara-gara nestum dalam bekalan tak surut - surut, otak ligat berfikir bagaimana untuk menghabiskan dan menggunakan sebaiknya nestum ini. Kadangkala, perlukan sesuatu yang baru untuk memberikan kelainan dan variasi.