Wednesday, May 29, 2013

Baju Tidur/ Pakaian Malam ... Muslimah?

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Perkembangan pakaian sekarang ini semakin mendapat perhatian terutama di kalangan pembeli, penjual dan pengeluar. Suatu ketika dulu,  pakaian wanita  muslimah amat payah untuk dijumpai. Malah, sesuatu yang lucu apabila permintaan tshirt dan juga blouse labuh ke paras lutut kerna pada waktu itu..labuh tshirt dan blouse hanyalah di paras punggung. Itupun sudah cukup labuh. Bila dilabuhkan lagi, dilihat janggal dari segi trend fesyen malah pernah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di kalangan wanita khususnya, baju labuh menyusahkan pergerakkan. Tetapi, labuh baju kurung tidak dibangkitkan malah baju kurung yang pendek dipanggil baju kurung kedah..dan tidaklah pelik jika baju kurung itu pendek tidak menepati baju kurung kedah atau baju kurung yang biasa. Bagi tshirt/blouse yang labuh, itu dianggap menyusahkan pergerakkan dan ada satu kata-kata orang yang saya masih ingat sampai sekarang ... Tak pernah dibuat orang lah tshirt labuh-labuh!


Perkembangan sekolah agama swasta semakin mendapat perhatian  di waktu tshirt labuh itu pelik. Malah, sekolah-sekolah agama swasta ini kebanyakkannya yang dilihat memulakan trend baju sukan labuh. Bagi yang tinggi, tshirt biasa tidak dianggap labuh...berbeza yang berketinggian sederhana dan rendah, tshirt biasa itu sesuai dengan mereka. Di waktu perkembangan tshirt labuh ini, ramai wanita berketinggian tinggi yang menjadikan trend tshirt labuh meningkat dengan mendadak. 

Saya masih ingat lagi, kerana tshirt sukan saya tidak labuh dan hanya cukup-cukup paras punggung... saya menggunakan baju kurung sebagai pakaian sukan saya. Sememangnya saya dipandang pelik, lain dari yang lain... nak buat macam mana, tshirt tak dak yang sesuai. Sehingga saya masuk ke tingkatan 4 (tahun 2002) .. tshirt muslimah sudah mula mendapat tempat dan liputan yang meluas sehingga sekarang. Alhamdulillah, sangat-sangat bagus. Ini bukan hanya kerana fesyen malah lebih dari itu. Kefahaman wanita muslim/ muslimah berkenaan menutup aurat dengan lebih sempurna semakin meningkat dan bertambah. Alhamdulillah. 

Apabila menyebut  mengenai muslimah, secara tidak langsung, kita terbayang, sesuatu yang labuh dan besar...dan muslimah kini telah dipertingkatkan kefahaman istilah muslimah dalam pakaian iaitu cantik, bergaya dan style. Mudahnya, istilah muslimah dalam trend pakaian terkini ialah labuh, besar, cantik,bergaya dan style. Ahha, juga tidak jarang. Justeru, bukankah sesuatu yang pelik dan janggal terdapatnya baju tidur muslimah???

Pakaian malam/baju tidur adalah sesuatu yang privasi buat kita semua. semestinya, kita memakainya di dalam bilik kita sahaja atau di dalam rumah kita dengan pakaian yang sesuai dan sempurna menutup aurat apabila berhadapan dengan gender lain di dalam rumah ( walaupun dengan adik beradik lelaki dan ayah sendiri) ..yang penting ianya ringkas, tidak panas, selesa dan privasi.



Maka, apakah signifikan baju tidur/pakaian malam muslimah ini? Bayangkan, kita berada di rumah dan sudah bersedia dengan pakaian tidur kita, tiba-tiba, malam itu , ada tetamu datang mengejut ke rumah kita. Tetamu tu bukanlah orang lain pun, makcik dan pakcik kita..tetapi, pakcik kita itu adalah orang yang terbatas aurat kita dengan dia, maka kita perlu berpakaian sempurna untuk menyambut mereka. Ketika ini, kita mencari-cari jubah atau abaya yang sesuai untuk disarung terus.. terlintas di kepala, takkan nak pakai yang berkelip. Amboi, sambut je pun, pastu masing-masing nak tidur...mula lah kita merasakan di waktu itu, alangkah bagusnya jika ada baju tidur yang boleh dibawa keluar bilik dalam keadaan sempurna menutup aurat juga langsung dibawa tidur setelah urusan selesai di ruang tamu. Ya, pastinya selesa dan muslimah!

Kerna itu, hadirlah pakaian malam/baju tidur muslimah ini... yang telah dicetuskan ideanya oleh Puan Ainon Kaman. Kini, Pakaian malam muslimah Ainon Kaman sudah berada di pasaran dan boleh diperolehi dengan menghubungi para pengedarnya. 

Pengalaman saya sendiri, rumah saya sering dikunjungi tetamu, kadangkala mengejut, lebih-lebih lagi, saya dan suami menguruskan beberapa buah rumah berdekatan. Ada kala, elektrik rumah depan terpadam, ada ketikanya pintu rumah atas terkunci , ada juga paip bocor teruk sehingga banjir ke rumah bawah dan semua itu kebanyakkannya berlaku di malam hari...lagi-lagi masa mata nak terlelap dah. Kami perlu bergegas respon terhadap keadaan yang berlaku, jadi, masa itulah saya tercari-cari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan jiran tetangga. Tudung memang sentiasa bersangkut di tepi katil agar senang nak capai. Di kala itulah, pakaian malam muslimah ini sangat-sangat dirasai keperluannya malah menyenangkan pergerakkan saya berurusan dengan jiran. Kalau tak tu, suami saya pergi uruskan dulu, saya terkial-kial mencari jubah nak sarung..tak molek rasanya berlengan pendek dan berkain batik bertemu jiran walaupun kita maklum hari sudah malam. Haruslah menutup aurat sempurna demi menjaga diri kita, keluarga dan agama. 

Pengalaman anda sama seperti saya? Semoga pakaian malam muslimah ini dapat membantu menyelesaikan isu yang dialami. =)