Saturday, May 18, 2013

Ikhtilat di alam maya : Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Akhirnya! saya dapat juga menulis mengenai Ikhtilat di alam maya ini di blog saya yang kehijauan ini. Sudah lama hendak mengemaskini blog pada masa mencari- cari topik yang hendak dikongsikan. Topik ikhtilat di alam maya ini saya kongsikan di dalam bicara siswi sempena Minggu Biah Solehah anjuran PMFPI UKM. 

Namun, perkongsian di blog ini tidaklah terlalu mendalam. Satu perkara yang saya fokuskan iaitu cakap tak serupa bikin. Hal ini kerana di alam maya, ikhtilat itu tidak hanya terbatas pada perhubungan lelaki dan perempuan malah antara kita dengan sahabat, client, ahli keluarga dan orang yang hanya mengenali kita di alam maya. Ikhtilat atau pergaulan/perhubungan di alam maya ini harus dipelihara sebagaimana kita memelihara perhubungan tersebut di luar alam maya. Ikhtilat dijaga sebaiknya kerana membabitkan perasaan, tindakan, pahala dan dosa, silaturrahim malah lebih dari itu.

Berbalik kepada isu Cakap Tak Serupa Bikin,tanggungjawab berdakwah tidak hanya tergalas di bahu pendakwah. Selagi kita beragama islam, seorang muslim, kita semua bertanggungjawan ke atas sebaran dakwah. Dakwah tidak bermakna perlu disampaikan dan disebarkan kepada yang tidak dikenali tetapi juga kepada ahli keluarga.


Para pendakwah sering diingatkan, apa yang disampaikan kepada orang lain, akan diuji kembali kepada penyampainya. Bagi saya, ujian ini tidak hanya terhad kepada pendakwah...tetapi kepada kita semua. Kita yang bergelar muslim kerana tanggungjawab kita menyebarkan dakwah, menyebarkan kebaikkan dan menjauhi keburukkan. Sebagaimana firman Allah s.wt di dalam surah Yusuf ayat 108:


لْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada Allah dengan yakin dan hujjah dari Allah. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah.” (Yusuf 12:108)


Justeru,berhati-hati sahabat, atas apa yang dikongsi dan ditulis..juga atas apa yang dibebel dan dileter... Allah menguji hamba-hamba Nya ...melihat kesungguhan hamba-hambaNya berusaha agar tidak menjadi cakap tak serupa bikin. Sesungguhnya, Allah menyayangi hamba-hamba Nya dengan memberi ujian buat kita.

Kuatkan semangat kita, ayuh maju ke depan demi agama tercinta!


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)



No comments: