Saturday, May 18, 2013

Muffin Nestum Choc Chip

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Gara-gara nestum dalam bekalan tak surut - surut, otak ligat berfikir bagaimana untuk menghabiskan dan menggunakan sebaiknya nestum ini. Kadangkala, perlukan sesuatu yang baru untuk memberikan kelainan dan variasi.


Dari kek kepada cup cake. Dari cup cake menjadi muffin. Yang tentunya, muffin yang siap dulu. Kek dan cup cake, boleh buat di masa lain. Muffin mudah dan mengenyangkan. Sedap? terpulang kepada yang menikmatinya. Bagi saya, muffin ini memang sedap ... malah ada unsur garing kerana nestum itu. Sesuai untuk sarapan juga bekalan alas perut. Sememangnya muffin adalah makanan yang cukup-cukup mengenyangkan berbanding yang lain.



Resepi asal yang saya peroleh ialah Muffin Coklat. Saya mengubah suai resepi tersebut agar sesuai dengan nestum dan rasa..kata mak, yang penting teknik nya. Tersilap teknik, akan menghasilkan Muffin yang bantat. Bantat itu ialah kek yang padat ...nak elak orang tahu kek kita terbantat, jangan sebut kek...katakan ianya bengkang. Hehehe.  Ok, berikut adalah resepi Muffin Nestum Choc Chip:





Bahan A :

2 Biji Telur
1/2 cawan  Gula Kastor
100 ml  Susu 
120 ml minyak jagun/canola/sayuran

Bahan B :

190 g Tepung Gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1/4 sudu teh garam*
20 gram nestum
* Ayak bersama

Coklat cip secukupnya


1. Panaskan ketuhar/oven  pada 180 - 190 darjah celcius. 
2.Pukul  sebati Bahan A
3. Masukkan Bahan B ke dalam bahan A yang dipukul tadi. Gaul lembut menggunakan tangan. Cara menggaul menggunakan 5 jari terbuka mengaut adunan dan lepaskan. Seperti teknik breadcrumb. Berhenti gaul apabila rasa belum cukup sebati. Ianya hanya sekadar bahan sekata sahaja.  Bukan seperti menggaul adunan biskut untuk menjadi doh. 
4. Setelah rata, sudukan ke dalam paper cup yang telah disusun di dalam dulang pembakar dan taburkan coklat cip di atasnya. 
5. Bakar sehingga merekah muffin tersebut di bahagian atasnya dan menghasilkan puncak-puncak. Sekiranya  lebih gemar yang tidak berpacak dan membukit tinggi sahaja, bakar pada suhu 145 - 150 darjah celcius. 


Selamat menikmati Muffin Nestum Coklat Cip. =D 

No comments: