Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Memori Tepung pelita gandum

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sewaktu bersekolah rendah, selalu temankan mak berniaga di pekan sehari Beranang. Kami jual kek dan roti , berkongsi gerai bersama sepupu abah, cik dah, orang kelantan. Cik dah pula menjual kuih kuih basah. Setiap minggu, Cik dah mesti menjual Tepung Pelita di dalam bekas plastik. Memori saya masih segar lagi mengingati rupa bentuk Tepung Pelita Cik Dah...juga rasanya. Tepung Pelita Cik dah manis...dan saya suka kalau boleh dikurangkan kemanisan itu. Tepung Pelita Cik Dah berair gula...mmm, cantik dan lembut.
Kerana memori itu, dengan semangatnya, saya telah membuat Tepung Pelita dengan merujuk resepi online. Tepung pelita yang dibuat versi tepung beras. Apabila mak pulang dari urusannya, dengan semangat saya mempelawa atau memaksa pun ya juga....hahahahaha ...agar mak rasa Tepung Pelita yang telah dibuat. Komen mak, ini tepung pelita beras... Nanti buat Tepung Pelita Gandum pula...lagi lembut. Sememangnya minat mak dan saya sama...meminati maka…

Zakat ... risaunya bila terlepas pandang

Assalamulaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, AKHIRNYA! dapat juga ruang untuk mengemaskini blog ini. Moga - moga tidaklah tenggelam timbul seperti sebelum ni. hihihi
Hampir sebulan juga buku Diari Seorang Amil : Zakat Pengubah Diri telah dibeli..cuma belum sempat nak baca lagi..alhamdulillah, dua hari hujung minggu lepas, berjaya menghabiskan diari tersebut. Pelbagai perasaan bergolak sepanjang membaca buku tersebut ..antaranya semangat mahu sertai tim dakwah zakat tiba tiba melonjak tinggi. Dan berbagai-bagai lagi perasaan yang hadir malah yang menyentap hati juga ada. 
Selepas membaca pengalaman penulis tersebut, apa yang dapat menyedarkan saya ialah teguran ustaz (penulis) melalui pengalamannya berhadapan dan pertemuan dengan pelbagai peringkat masyarakat sama ada mereka yang harus mengeluarkan zakat juga asnaf zakat. Selepas baca , terus tanya suami saya mengenai zakat pendapatan. Malah saya berhasrat untuk bertanya tentang kedudukan saya yang memperoleh pendapatan sebagai…