Skip to main content

Memori Tepung pelita gandum

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sewaktu bersekolah rendah, selalu temankan mak berniaga di pekan sehari Beranang. Kami jual kek dan roti , berkongsi gerai bersama sepupu abah, cik dah, orang kelantan. Cik dah pula menjual kuih kuih basah. Setiap minggu, Cik dah mesti menjual Tepung Pelita di dalam bekas plastik. Memori saya masih segar lagi mengingati rupa bentuk Tepung Pelita Cik Dah...juga rasanya. Tepung Pelita Cik dah manis...dan saya suka kalau boleh dikurangkan kemanisan itu. Tepung Pelita Cik Dah berair gula...mmm, cantik dan lembut.

Kerana memori itu, dengan semangatnya, saya telah membuat Tepung Pelita dengan merujuk resepi online. Tepung pelita yang dibuat versi tepung beras. Apabila mak pulang dari urusannya, dengan semangat saya mempelawa atau memaksa pun ya juga....hahahahaha ...agar mak rasa Tepung Pelita yang telah dibuat. Komen mak, ini tepung pelita beras... Nanti buat Tepung Pelita Gandum pula...lagi lembut. Sememangnya minat mak dan saya sama...meminati makanan yang bersifat lembut. Cadangan mak membuat saya bertambah teruja untuk membuat Tepung Pelita Gandum.

Setelah bacaan demi bacaan dibuat, saya sembang dengan mak ... Kebanyakkan resepi Tepung Pelita Gandum perlu dikukus. Kata mak, kukus supaya kuihnya kental...tidak lembik dan goyah. Tapi mak, anakmu ini, yang lembik lembik itulah yang disuka. Biasanya, Tepung Pelita Beras boleh dibuat tidak dikukus. Masak atas api dan kacau sampai pekat. Kemudian tuang dalam bekas dan sejukkan. Tetapi tidak Tepung Pelita Gandum, hampir semua bacaan yang telah dibuat menerangkan Tepung Pelita Gandum perlu dikukus. Malah, kalau masak atas api, memang comot banyak..dan tak keras/teguh seperti biasa. 

yang saya buat..saya akui memang comot. >_<

Bab kukus mengukus ni, kena ada mood. Sekarang mood tak mahu kukus, bagaimana nak buat Tepung Pelita Gandum macam ni? Setelah berbincang dengan mak, maka, beraksilah saya di dapur.

Dengan merujuk Home Kreation-Kitchen Corner , saya mengubah suai resepi tersebut untuk tidak dikukus. Berikut resepi yang telah saya ubah suai :

Lapisan Bawah Hijau 

2 Cawan Santan
2 Cawan Air 
1 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu besar Gula
1 tsp pandan paste

- kisarkan semua bahan dan tapis. 

Lapisan Atas Putih

2 Cawan Santan
2 Cawan Air 
1 Cawan Tepung Gandum
 1/2 sudu teh Garam
1 tsp pandan paste

- kisarkan semua bahan dan tapis.

Cara-cara : 

1. Siapkan bekas hidangan. Taburkan gula di dalam bekas tersebut. (saya tabur gula dalam 1 sudu besar dalam bekas hidangan).
2. Masakkan bahan -bahan kisar untuk lapisan hijau..kacau sentiasa di atas api yang sederhana sehingga pekat. Tutup api dan sendukkan ke dalam bekas hidangan yang telah berisi gula. 
3. Bersihkan periuk yang digunakan tadi. Masakkan pula bahan - bahan kisar untuk lapisan putih ...kacau sentiasa di atas api sederhana sehingga pekat. Tutup api dan sendukkan ke atas lapisan hijau tadi. 
4. Sejukkan dan sudah boleh dinikmati bersama teh atau kopi. Saya lebih suka disejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati bersama air panas. 

Selamat mencuba. Maaf atas kekurangan ... masih belajar membuat kuih melayu...sebab sangat suka! sekiranya ada cadangan dan perkongsian, boleh dikongsikan bersama saya. terima kasih didahulukan. 



Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …